point of view | sudut pandangan | Kesusasteraan | Tiada | Cara seseorang pengarang menyampaikan cerita dalam karya yang dihasilkannya. Seseorang pengarang akan menentukan cara sesuatu idea, perwatakan, latar atau aksi yang terdapat dalam cerita untuk disampaikan kepada pembaca. Terdapat dua sudut pandangan yang utama, iaitu sudut pandangan pencerita pertama dan sudut pandangan pencerita ketiga. Dalam sudut pandangan pencerita pertama, pengarang terlibat sebagai salah seorang watak dalam cerita dengan menggunakan ganti nama diri �aku�. Sudut pandangan pencerita ketiga pula memperlihatkan kedudukan pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku pemerhati serba tahu terhadap keseluruhan perjalanan cerita tersebut. Lihat juga serba tahu terbatas, sudut pandangan serba tahu. |
activity of daily living | aktiviti hidup harian | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti normal yang dilakukan dalam kehidupan harian seseorang individu yang sihat. Menurut Virginia Henderson, aktiviti tersebut terbahagi kepada 14 seperti yang berikut, iaitu: (a) bernafas secara normal (b) makan dan minum secukupnya (c) perkumuhan secara normal (d) bergerak bebas dan mengekalkan postur yang betul (e) tidur dan rehat (f) berpakaian yang sesuai (g) pengekalan suhu badan normal (h) kebersihan dan keterampilan diri, dan melindungi kulit (i) mengekalkan keselamatan diri (j) berkomunikasi dan meluahkan emosi (k) mengamalkan kepercayaan agama (l) kepuasan diri (m) mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi (n) belajar dan sifat ingin tahu untuk memenuhi kepuasan perkembangan, dan kesihatan |