net level premium reserve | rizab premium paras bersih | insurans | Tiada | Rizab yang diperlukan oleh insurer untuk melindungi polisi premium paras bersih yang telah lama berkuat kuasa. Di bawah sistem premium paras, pembayaran premium sebenar adalah lebih dari tahun-tahun awal dan kurang pada tahun-tahun akhir. |
reduced premium policy | polisi premium terkurang | insurans | Tiada | Polisi insurans hayat yang premium dalam beberapa tahun permulaan adalah lebih rendah daripada tahun-tahun berikutnya. |
annal | catatan sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Catatan atau rekod bersifat sejarah yang ditulis berdasarkan urutan masa, tahun demi tahun secara kronologi. Ada kalanya catatan masa lengkap dengan tahun, bulan, dan hari. Catatan sejarah merupakan suatu bentuk penulisan sejarah yang awal. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, wujud sejenis karya yang mempunyai ciri-ciri penulisan catatan sejarah, yang dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah. Dalam karya berkenaan, unsur sejarah dapat dilihat, terutamanya berkaitan dengan penurunan salasilah raja-raja, pembukaan kota, dan rentetan peristiwa berkronologi yang berlaku dalam sesebuah kerajaan. Contoh karya dalam kesusasteraan Arab ialah Kital al-Suluk oleh al-Maqrizi. Manakala contoh karya catatan sejarah yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, dan Tuhfat al-Nafis. Karya catatan sejarah juga disebut sebagai kronikel. Penggunaan kronikel mencakupi bidang yang lebih luas, meliputi peristiwa utama dalam pemerintahan seseorang raja, tetapi kurang memberi penekanan tentang susunan peristiwa tahun demi tahun. Annal berasal daripada perkataan Yunani annales yang bermaksud �yearly books�. Lihat juga kronikel. |
year-to-year basis | asas tahun ke tahun | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
retirement income policy | polisi pendapatan persaraan | insurans | Tiada | Polisi endowmen yang diubahsuai pada umur persaraan yang dipilih, yang menawarkan faedah anuiti mengikut peratusan nilai muka insurans hayat yang berkuat kuasa, biasanya sebanyak sepuluh peratus. Di bawah polisi ini, nilai tunai akan melebihi nilai muka pada tahun-tahun polisi yang terkemudian. Sekiranya kematian berlaku sebelum umur persaraan yang dipilih, faedah kematian adalah merupakan nilai muka atau nilai tunai mengikut mana lebih tinggi. |
adult suffrage | hak undi dewasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hak mengundi yang diberikan kepada individu yang telah menjangkau umur tertentu seperti 18 tahun atau 21 tahun. Hak mengundi dewasa pada asalnya tidak wujud tetapi berkembang daripada tradisi demokrasi Athens sejak tahun 500 SM. Pada ketika itu, hanya golongan bangsawan yang memiliki hak mengundi namun selepas era revolusi perindustrian, hak ini lelah meluas ke segenap lapisan masyarakat. Di Malaysia, hak undi dewasa bermula apabila individu tersebut telah mencapai umur 21 tahun. |
elite | elit | Sukan | Lumba Basikal | Kategori pelumba yang berumur 23 tahun dan ke atas bagi lelaki, dan 19 tahun dan ke atas bagi wanita. Bagi pelumba daripada pasukan tajaan,mereka akan dikategorikan sebagai elit walaupun berumur antara 19-23 tahun. |
full preliminary term reserve | rizab bertempoh awalan penuh | insurans | Tiada | Kaedah untuk mengira rizab insurans hayat yang mengandaikan bahawa rizab pada akhir tahun pertama ialah sifar dan rizab untuk tahun berikutnya dikira dengan menggunakan premium bersih untuk umur yang satu tahun lebih tua dan tempoh perlindungan yang dikurangkan dengan satu tahun. |
minimum deposit policy | polisi deposit minimum | insurans | Tiada | Polisi insurans hayat dengan nilai tunai tahun pertama boleh dipinjamkan kepada insured setelah premium tahun pertama dibayar. Ini berlainan dengan polisi biasa lain yang belanja tahun pertama tinggi menyebabkan pinjaman tidak dapat diberi. |
Elizabeth style | gaya Elizabeth | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya perabot dengan ukiran pada zaman Renaissance di Itali. Gaya ini dihasilkan pada zaman pemerintahan Elizabeth, bermula dari tahun 1558 hingga tahun 1603. Gaya Elizabeth ditandai dengan rupa bentuk kabinet yang bersaiz besar, terbonjol, kekisi berpintal dan gadrun. Gaya khas era ini ialah bentuk hiasan atas seperti puncak tiang atau tongkat yang mengandungi ukiran kepala manusia. Motif dekoratif yang digunakan terdiri daripada daun akantus, kariatid, skrol, anyaman bertali dan topeng. Bilik utama biasanya dihiasi dengan panel dinding yang diperbuat daripada kayu oak, lepa siling dengan hiasan timbul dan pendiang dengan hiasan terperinci. |