prague school | prague school | Kesusasteraan | Tiada | Organisasi intelektual yang ditubuhkan pada tahun 1929 di Prague, Republik Czechoslovakia. Penubuhan organisasi ini bertujuan untuk membentuk paradigma baharu bagi membantu penyelidikan berkaitan subjek kemanusiaan dan sains sosial. Seterusnya, organisasi ini berkembang sebagai suatu gerakan yang penting dalam bidang kesusasteraan, linguistik, teater, folklor, dan estetika pada awal kurun ke-20. Prague School dipengaruhi pelbagai unsur daripada Formalisme Rusia dan idea linguistik Ferdinand de Saussaure. Idea beliau menjadi titik tolak pembentukan teori baharu pada tahun 1929 yang dinamakan strukturalisme. Tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah Roman Jakobson, Boris Eikenbaum, Trubetskoy, Viktor Shlovsky dan Mukarovsky. Selepas perang Dunia Kedua, kebanyakan ahli Prague School berhijrah ke negara lain sambil meneruskan penyelidikannya. Penyelidikan dimulakan di Prague dengan nama organisasi baharu seperti Linguistic Circle of New York dan organisasi yang serupa di Rusia dan Perancis. Organisasi ini juga |
neorationalism | neorasionalisme | Kesenian | Seni Bina | Gerakan rasionalis baharu dalam bidang seni bina yang muncul pada tahun 1960-an, dengan bersumberkan inspirasi dari era pencerahan dan era rasionalis pada awal abad ke-20. Gerakan ini dikenali sebagai Tendenza dan berpusat di Itali. Para pengamal gerakan ini termasuk Carlo Aymonino (1926-2010), Aldo Rossi (1931-1997) dan Giorgio Grassi. Arkitek Aldo Rossi misalnya telah menghasilkan reka bentuk bangunan Monte Amiata Complex di Milan, Itali pada penghujung tahun 1960-an. |
optionally renewable | boleh baharu beropsyen | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kontrak insurans kesihatan yang memberi insurer sepenuh hak untuk membatalkan perlindungan pada ulang tahun atau dalam beberapa hal, pada tarikh premium patut dibayar. Insurer tidak berhak berbuat demikian pada masa di antara tarikh tersebut. |
Deconstructivism | Dekonstruktivisme | Kesenian | Seni Bina | Aliran baharu dalam bidang seni bina yang bermula pada akhir tahun 1980-an, yang mempunyai ciri-ciri penampilan elemen-elemen seni yang bersimpang-siur, penggunaan garis-garis yang tidak berperaturan, reka bentuk yang tidak berstruktur, dan penggunaan corak-corak geometri yang berbentuk aneh. |
yearly renewable term insurance | insurans sementara boleh baharu tahunan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans hayat sementara yang insurer bersetuju dari awal untuk membaharuinya atas opsyen pihak yang diinsuranskan dalam masa beberapa tahun. |
futurism | futurisme | Kesusasteraan | Tiada | Pergerakan seni yang muncul di Itali pada tahun 1909 untuk menggantikan nilai estetik tradisional dengan ciri yang menekankan penggunaan teknologi moden. Pergerakan yang singkat dalam kesenian dan kesusasteraan Eropah ini menolak dengan tegas tradisi konvensi seni sebelumnya, dan peraturan nahunya demi memaparkan dinamisme pad abad ke-20 yang dikenali juga sebagai �abad mesin�. Futurisme bertujuan melahirkan bentuk, subjek, dan gaya yang baharu dalam karya sastera terutamanya puisi. Teknik puisi yang baharu ini melibatkan eksperimen percetakan, dan komposisi sajak yang direka dengan bunyi-bunyian tanpa makna. Lihat juga garda depan. |
documentary drama | drama dokumentari | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang bersifat propaganda dan didaktik. Isi atau bahan kandungannya ialah peristiwa sejarah yang baharu berlaku atau bukti dokumentari yang diperoleh daripada surat khabar, laporan, arkib, sejarah rasmi, diari dan jurnal. Drama dokumentari bermula di Jerman pada tahun 1960-an. Kemudian, kaedah dan gaya persembahan drama ini ditiru oleh dramatis Amerika dan dramatis negara lain. Namun bentuk drama ini mula merosot pada awal dekad 1970-an. Antara contoh drama dokumentari ialah The Deputy (1963) oleh Rolf Hochhuth. Contoh tempatan ialah drama bertajuk 1984 oleh Kee Thuan Chye. |
adaptation | adaptasi | Kesusasteraan | Tiada | Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S, Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen �Uda dan Dara� karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita H |
constructivism | konstruktivisme | Kesenian | Seni Bina | Falsafah seni dan seni bina yang berasal dari Rusia bermula pada tahun 1919, yang menolak idea autonomi. Falsafah seni ini menyokong seni sebagai amalan untuk tujuan sosial. Konstruktivisme mempunyai kesan yang besar kepada pergerakan seni moden abad ke-20, dan mempengaruhi aliran utama seni bina seperti gerakan Bauhaus dan De Stijl. Contoh projek seni bina yang berdasarkan falsafah konstruktivisme ialah bangunan Tatlin�s Tower oleh Vladmir Tatlin, yang dibangunkan pada tahun 1919 dengan menggunakan bahan-bahan baharu seperti besi. |
dadaism | dadaisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan medenisme yang bermula di Zurich dan menjadi popular di New York pada tahun 1916 � 1922. Gerakan dadaisme bertujuan untuk memprotes atau memberontak penerimaan idea kelas menengah mengenai logik, makna, bentuk dan peraturan. Istilah dadaisme melambangkan kebebasan tanpa batasan, bersifat antiperaturan dan antibudaya dan dimanifestasikan dalam sastera melalui collage, iaitu susunan objek dan perkataan secara rawak supaya tercipta satu pola yang tidak logik atau tidak bermakna. Dadaisme digantikan dengan surealisme selepas tahun 1921 apabila diserapkan dalam gerakan baharu ini. Lihat juga surealisme. |