heptametre | saptamatra | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mempunyai irama berpola tetap dan berpola tujuh matra. Pola ini dapat dikesan pada sesebuah puisi terutama apabila dideklamasikan antara suku kata yang panjang dan pendek atau suku kata yang bernada tinggi dan rendah. Contohnya, puisi "Tak-tak-tun" karya A. Ghafar Ibrahim. |
unproductive labour | buruh tak produktif | Ekonomi | Tiada | Buruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang-barang ketara. Mengikut Adam Smith, buruh tak produktif termasuk buruh yang terlibat dalam perkhidmatan seperti tentera, pekerja gereja, peguam, pelukis, kerani dan pentadbir. Pengelasan Adam Smith ini tidak berasas kerana perkhidmatan juga merupakan barang ekonomi dalam bentuk output tak ketara, tetapi mengikut pendapat mutakhir buruh yang terlibat dalam perkhidmatan dianggap buruh produktif. |
partial rhyme | rima tak sempurna | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terbentuk tak sempurna di hnjung setiap baris sama ada dalam setiap rangkap ataupun keseluruhan sebuah puisi. Contohnya, pada rangkap empat puisi "Dua Penghijrahan" karya A.S. Amin di bawah. manusia mati dan hidup terasa panas seluruh daun maut berjalan lurus |
indirect injection | pancitan tak langsung | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat suntikan tak langsung. |
non-extracted form | bentuk tak terekstrak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bentuk tak terlarut sesuatu tumbuhan yang tertinggal (sisa) selepas proses pengekstrakan. Bahan ini ada kalanya digunakan dalam pembuatan produk herba. |
unrooted phylogeny | filogeni tak berpunca | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pepohon filogeni yang tidak mempunyai nod punca. Filogeni tak berpunca digunakan untuk menghasilkan filogeni berpunca menggunakan proses puncaan pepohon filogenetik. Banding filogeni berpunca. |
folk poetry | puisi rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang disampaikan secara lisan. Puisi rakyat biasanya bersifat lirik, iaitu ungkapan puitis yang dapat digunakan untuk seni kata dalam lagu, cerita, ucapan, dan kegiatan harian. Puisi rakyat biasanya berbentuk pendek, bersukat dan berpola, amat terikat dengan keperluan bait, baris dan rima agar mudah dihafal dan diingati. Namun, terdapat juga bentuk berangkap yang lebih longgar strukturnya dan lebih panjang. Contoh bentuk pendek yang terikat ialah pantun, terutamanya pantuan dua kerat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata. Puisi lisan yang lebih panjang dan longgar ialah mantera, seloka, manakala ungkapan berirama seperti talibun, teromba, gurindam, dan perbilangan. Lihat juga mantera, talibun, teromba. |
incomplete dominance | dominan tak lengkap | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Suatu bentuk pewarisan pertengahan bagi haiwan yang mempunyai alel dominan dan resesif (heterozigus). Dalam dominan tak lengkap, salah satu alel tidak akan memberikan kesan fenotip dengan menyingkirkan kesan alel yang kedua, tetapi kesan fenotip yang terhasil ialah percampuran kedua-dua alel tersebut. |
mimicry | tiru bunyi | Kesusasteraan | Puisi | Gaya penyair mengungkapkan perasaan bagi mencitrakan sesuatu, khususnya bunyi yang disebabkan oleh benda jatuh, pecah, bergeser, meletup atau bunyi daripada burung, alatan muzik dan sebagainya. Walau bagaimanapun bunyi yang dihasilkan dengan menggunakan wahana bahasa dalam sesebuah puisi itu hendaklah sama, lantaran terbatasnya keupayaan bahasa meniru sesuatu bunyi itu. A. Ghafar Ibrahim merupakan seorang penyair tanah air yang kerap meniru bunyi ini dalam puisi-puisinya terutama yang terkumpul dalam "Tak-tak-tun" dan "Tan Sri Bulan". Sinonim ajukan, onomatopia. |
ash | abu | Herba | Tiada | Bahan tak organik yang terhasil apabila bahan herba dipijarkan. Nilai kandungan abu adalah penting bagi menandakan tahap pengawalan dalam menyediakan bahan mentah herba. Dalam analisis kawalan kualiti herba, nilai ini ditentukan melalui kaedah penentuan abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat dan abu larut air. Lihat abu total, abu tak larut asid, abu tersulfat dan abu larut air. |