Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi spt bunyi orang mengetuk kayu dll dgn batu, bunyi detak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eeMatematikTiadaNombor tak nisbah yang boleh ditakrif sebagai (i) hasil tambah siri tak terhingga (ii) nombor yang mendekati (iii) nombor yang memenuhi sifat
physisorption type IIpenjerapan fizikal jenis IIKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenjerapan fizikal jenis sigmoid atau isotermanya berbentuk S. Penjerapan jenis ini kerap diperhatikan dalam bahan tak berongga. Lelutut pada bentuk S menandakan penjerapan ekalapisan.
shearingricihanMatematikTiadaPenjelmaan yang mempunyai sifat-sifat berikut: (i) Adanya satu garis tak varian; semua titik pada garis ini tidak berubah, (ii) setiap titik yang tidak berada pada garis tak varian bergerak selari dengan garis tak varian dan jarak gerakan itu berkadar dengan jarak titik itu dari garis tak varian. Contoh: ricihan dengan paksi-x sebagai garis tak varian dan faktor k. Titik A (1, 0) tidak berubah dan titik C(0, 1) dipetakan kepada C’(k, 1). Matriks bagi ricihan ini ialah .
obliqueserongMatematikTiadaYang tidak mencancang dan tidak mengufuk; yang bukan sudut tegak atau gandaannya. Contoh: (i) Segi tiga serong ialah segi tiga dengan semua sudutnya bukan sudut tegak. (ii) Dua garis yang serong merupakan garis yang tak serenjang dan juga tak selari.
Mare Tranquillitatis (Sea of Tranquility)Mare Tranquillitatis (Laut Tenteram)MatematikTiadaMare purba tak sekata yang terletak di bahagian timur bulan yang menghadap bumi tempat Ranger 8, Surveyor 5 dan Apollo II mendarat.
nitrous oxidenitrus oksidaKimiaTiadaSebatian tak organik, formula N2O, takat beku -90.8°C, takat lebur -88.5°C, berbentuk gas yang tidak berwarna, tidak reaktif, tidak terbakar (tetapi membantu pembakaran), larut di dalam air, eter, etanol dan asid sulfurik pekat. Oksida ini disediakan melalui pemanasan terkawal ammonium nitrat hingga 200°C dan gas yang terhasil dilalukan melalui larutan ferum(II) sulfat untuk menyingkirkan benda asing nitrogen monoksida. Gas ini digunakan sebagai anestetik, gas propelan dan penyurih kebocoran. Nama umum nitrus oksida ialah gas ketawa.
local windsangin setempat (local winds)MeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin yang bertiup dalam kawasan terhad, dan disebabkan oleh keadaan tempatan yang berbeza daripada angin akibat kesan taburan tekanan, atau angin yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut keadaan setempat. Angin setempat dikelaskan kepada empat kumpulan utama; i) angin akibat kesan topografi setempat, seperti angin ngarai, angin genting gunung dan kosava; ii) angin antitriptik, seperti bayu laut, bayu darat, angin gunung dan lurah, dan pada skala yang besar angin fohn, cinuk, bora dan mistral; iii) angin tak stabil yang diakibatkan oleh pemanasan setempat, atau akibat aliran udara sejuk, seperti ribut debu, hab dan angin ribut petir; dan iv) angin kencang akibat gradien tekanan yang kuat atau akibat aliran yang tak terganggu di atas permukaan yang rata atau kedua-duanya, seperti khamsin, siroko, ribut salji, buran, dan purga.

Kembali ke atas