Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.kar] | تاکر

Definisi : 1. sj bekas drpd tembikar (utk menyim­pan cuka, halia, dll), buyung, guri; 2. ukuran banyak (gelen, liter, dll); gelas ~ Id tabung kaca yg bersenggat-senggat utk menyukat benda-benda cair (dlm ujian kimia); setakar ki sama ukuran, seimbang, sekadar; menakar 1. menyukat (ubat dll) dgn takar, mengukur dgn takar; 2. ki mengambil semua­nya, membolot: segala belanja yg dikeluar­kan oleh isterinya hendak ditakarnya; takaran 1. alat utk menakar sesuatu; 2. ki sesuatu yg menjadi ukuran, kadar;~ kehidupan perbelanjaan hidup yg men­cukupi; ~ sudah hampir penuh sudah tua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kar] | تاکر

Definisi : bekas drpd tembikar tempat menyimpan sesuatu; buyung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ta.kar] | تاکر

Definisi : ; takaran banyaknya sesuatu bahan dlm sukatan; kadar: Baja yg ditabur itu mestilah tidak melebihi ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takar (kata nama)
1. Bersinonim dengan buyung: guri, kendi, pasu,

2. Bersinonim dengan pengukur: penyukat

Kata Terbitan : menakar, menakari, takaran,

Puisi
 

Si kain pelikat Raja Pangeran,
     Tuang serbat di dalam takar;
Sangat ajaib kerja yang hairan,
     Hujan lebat rumah terbakar.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
burial jartakar mayat; tempayan mayatSejarahTiadaTakar atau tempayan yang digunakan dalam pengebumian yang dilakukan pada zaman prasejarah dengan meletakkan mayat ke dalam takar atau tempayan dan kemudian ditanam.
canopic jartakar kanopiSejarahTiadaTakar yang digunakan untuk menyimpan mumi atau mayat pada zaman Mesir purba.
urntakarFizikTiadaTiada
urntakarGeografiTiadaTiada
urntakarKejuruteraanTiadaTiada
urntakarSejarahTiadaTiada
urntakar;kendiKesenianTiadaBekas berbentuk tempayan yang dibuat daripada tanah liat atau logam.

Kembali ke atas