Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : taksir I Ar tidak mengendahkan (pekerjaan dll), kurang ingat-ingat, alpa, lalai: jangan ~ drpd memeriksai alat rakyatmu supaya sentosa kerajaan engkau; berlepas ~ mem­bebaskan diri drpd kesalahan orang; mentaksirkan melalaikan, mengalpakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : taksir II kira, hitung, nilaian: ~ kasarnya bolehlah didapati dgn mengira bunga biasa dgn kadar %; salah ~ salah kira (hitung); kurang ~ hilang laba prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn hati-hati akan mendatangkan kerugian; menaksir, mentaksir 1. mengira atau meng­­hitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkan­nya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengi­ra: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi peng­hargaan (dgn sewajarnya), menghargai, me­nilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; 4. mengkaji, meneliti: kita hendaklah ~ semula kedudukan kita yg tertakluk sangat-sangat pd getah asli; 5. = naksir ingin me­miliki (mempunyai) sesuatu, menghen­daki, berkeinginan utk, ada keinginan hendak; taksiran 1. hasil drpd menaksir, anggaran, nilaian: belanja atau kerajat yg diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2% drpd ~ harta; 2. telahan, dugaan, persang­ka­an: bila beresnya revolusi ini menurut ~mu? 3. proses atau cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pihak berkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yg kena dibayar oleh individu atau pemilik rumah, sama ada sbg cukai pendapatan atau kadaran; penaksiran, pentaksiran perihal menaksir; penaksir, pentaksir orang yg menaksir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menaksir 1 mengira atau menghitung jumlah, harga dll (ttg sesuatu); menentukan harga dll dgn kira-kira: Dia ~ kerugian yg dialami, yg berjumlah sebanyak RM15,000/-. 2 menyangka atau mengagak dgn me­lihat-lihat keadaan; menilai secara agak-agak; mengagak. taksiran 1 ha­sil drpd menaksir; anggaran; nilaian. 2 sesuatu yg ditaksir; dugaan; telahan. penaksiran perbuatan atau hal me­naksir. penaksir orang yg menaksir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : lalai: tidak ~ tidak lalai. mentaksirkan melalaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taksir
Kata Terbitan : mentaksir, taksiran, penaksiran, penaksir,

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
assesstaksirMatematikTiadaTiada
assesstaksirPendidikanTiadaTiada
assesstaksirKejuruteraanTiadaTiada
absolute evaluationtaksir mutlakPendidikanTiadaKaedah menilai pelajar secara membandingkan pencapaiannya dengan tahap pencapaian yang harus diperolehi, biasanya dalam bentuk tingkah laku.
landscape assessmenttaksir landskapLandskapTiadaProses menghurai dan mendokumen ciri sesuatu landskap untuk tujuan pengekalan, pemuliharaan dan menentukan nilai sesuatu landskap dalam perancangan landskap. Sinonim penilaian landskap.
visual appraisaltaksir visualLandskapTiadaUkuran atau anggaran keindahan atau kepentingan sesuatu pandangan di tempat-tempat tertentu.
site assessmenttaksir tapakLandskapTiadaProses menilai keadaan sesuatu lokasi projek bagi mengenal pasti kelemahan dan kelebihan yang terdapat di kawasan tersebut. Sinonim penilaian tapak.
Valuation BranchCawangan Taksir; Cawangan PenilaiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Valuation DivisionBahagian Taksir; Bahagian PenilaiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
assessable stocksaham boleh taksirEkonomiTiadaTiada
12

Kembali ke atas