Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : taktik cara atau kaedah utk memperoleh, mencapai, atau mendapatkan sesuatu tujuan yg dikehendaki, muslihat, siasat: musuh sedang menggunakan ~ baru dlm usahanya hendak menghancurkan negara tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cara atau muslihat utk mencapai sesuatu maksud; strategi; siasat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taktik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan strategi, teknik, cara, kaedah, metode, langkah, prosedur, tatacara, jalan, ikhtiar, usaha, gaya.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
power playpermainan kuasaUmumTiadaTaktik atau strategi yang digunakan oleh seseorang atau sekelompok orang untuk menunjukkan kuasa, pengaruh dan sumber yang dimiliki bagi mendapatkan kelebihan dalam sesuatu situasi.
counter-terrorismperangi keganasanKriminologiKeadilan JenayahStrategi, teknik, tindakan, langkah, usaha, taktik, amalan atau inisiatif yang diambil oleh sesebuah negara, kerajaan, tentera dan penguat kuasa undang-undang dalam mengesan dan membanteras keganasan. Contohnya, penggubalan undang-undang yang bersifat pencegahan untuk mengawal selia aspek keganasan. Sinonim antikeganasan.
coordinated inauthentic behavior (CIB)kelakuan manipulatif selarasTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTaktik memanipulasikan pemikiran awam dengan menggunakan pelbagai akaun media sosial sama ada yang tulen, pendua dan palsu untuk menyebarkan maklumat yang salah merentasi platform media sosial.
misprisionsilap tanggapKesusasteraanTiadaSalah bacaan atau salah fahaman. Kesilapan ini sebenarnya taktik defensif yang diamalkan penyair apabila mencipta puisinya sebagai reaksi menentang kehebatan penciptaan puisi penyair yang terdahulu daripadanya. Langkah ini dianggap perlu dalam pembaharuan proses penciptaan karya, khususnya puisi. Justeru, pembaca digalakkan mengiterpretasikan puisi dengan cara ini. Istilah ini dicipta oleh Harold Bloom dalam bukunya bertajuk Anxiety of Influence.
abutting consonantskonsonan bersebelahanSains KesihatanTiadaBunyi konsonen yang hadir bersebelahan, tetapi pada suku kata yang berlainan, seperti pada perkataan teksi, pasta, dan taktik.

Kembali ke atas