Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tak.ti.kal] | تکتيکل

Definisi : taktikal 1. berkaitan dgn taktik yg digunakan utk menjayakan sesuatu rancangan atau men­capai tujuan: semua pemain perlu mengikuti latihan ~ lima kali seminggu; 2. digunakan atau dilakukan utk bantuan serta-merta dlm sesuatu operasi ketenteraan (bkn senjata, pengeboman dsb): TUDM juga mempunyai pesawat ~ jarak sederhana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taktikal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tactical planrancangan taktikalPengurusanPerancanganProses pembuatan keputusan bagi melaksanakan sesuatu tindakan secara sistematik dan terperinci untuk suatu jangka masa pendek. Rancangan taktikal mempunyai objektif tertentu yang perlu dicapai dan menggariskan cara sesuatu aktiviti harus dilaksanakan oleh pihak yang dikenal pasti. Skop rancangan taktikal lebih menjurus kepada suatu fungsi operasi yang dapat menyokong pelaksanaan rancangan strategik. Contohnya, rancangan promosi sesuatu produk yang dikhususkan untuk mencapai matlamat peningkatan jualan.
crisis managementpengurusan krisisPengurusanPerancanganProses yang melibatkan aplikasi strategi khusus untuk membantu mengendalikan perubahan yang berlaku secara mendadak dan di luar jangkaan yang mengganggu atau mengancam pekerja, organisasi dan juga pelanggan, malah boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam organisasi. Pengendalian pengurusan krisis yang berkesan memerlukan satu tindakan yang menggabungkan kemahiran taktikal dan seni untuk memahami situasi dan implikasi perubahan secara menyeluruh. Contohnya, organisasi perlu mengatur tindakan segera strategi yang sesuai untuk menangani situasi apabila kejadian gempa bumi yang tidak dijangka berlaku di Malaysia sehingga menjejaskan operasi organisasi.

Kembali ke atas