Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ku/] | تاکوق

Definisi : 1. takik yg agak dalam (pd pokok kelapa dll tempat berpijak ketika memanjat), tokek; 2. bahagian kemaluan laki-laki yg berlurah, leher kemaluan laki-laki; 3. ki had, takat, pering­kat: petani-petani masih di ~ lama dan mungkin lebih buruk lagi nasib mereka; ~-takak berbagai-bagai takik dan takuk, tidak rata; bertakuk ada takuknya, sudah ditakik (ditoreh); ~ yg ditebang, yg bergaris yg di­pa­hat prb, Mn mengikut peraturan (adat, resam) yg lazim; menakuk 1. memarang utk membuat takuk, menakik; 2. Mn menentukan (perjanjian dll); ~ janji menentukan janji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ku/] | تاکوق

Definisi : takik yg agak dalam pd batang pokok dan digunakan sbg tempat berpijak ketika memanjat. bertakuk mempunyai takuk; ada takuknya. menakuk memarang batang pokok utk membuat takuk; menakik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan takik: toreh, tukik, rakuk, sufal, cangap, tokek, tubang, ketak, gerat,

2. Bersinonim dengan had: takat, peringkat, batas, sempadan,

Kata Terbitan : bertakuk, menakuk,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
notchestakukTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSatu bentuk pelekukan ke atas pada permukaan bahan. Takuk digunakan dalam ujian ultrasonik bagi mendapatkan kepekaan yang maksimum semasa pengujian bahan.

Kembali ke atas