Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.kut.ta.kut] | تاکوت ٢

Definisi : sentiasa berasa takut, sangat takut, agak takut: dlm lakonan itu, kanak-kanak bercakap dgn tidak malu-malu dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kut.ta.kut] | تاکوت ٢

Definisi : agak takut; sentiasa takut: ~ berani agak takut dan agak berani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,

Puisi
 

Saya takut kerbau di ladang,
     Yang muda garang sekali;
Saya takut jalan seorang,
     Badan muda langsung sekali.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Takut titik lalu tumpah.

Bermaksud :

Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai).

 

Lihat selanjutnya...(53)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moral panicspanik moralKriminologiKeadilan JenayahPerasaan takut yang tersebar dalam kalangan orang ramai bahawa sesuatu peristiwa, orang atau kumpulan akan mengancam kesejahteraan masyarakat. Perasaan ini juga merupakan proses membangkitkan keprihatinan sosial tentang sesuatu isu. Contohnya, perasaan takut yang timbul akibat peningkatan kejadian rogol atau ragut.
jump scaretakut kejutPerfilemanTiadaKemunculan imej yang mengejutkan secara tiba-tiba dalam filem seram atau video, dan lazimnya diiringi oleh kesan bunyi yang kuat bertujuan untuk menakutkan penonton.
fear appealdaya penarik takutPelanconganTiadaUnsur seram yang berperanan sebagai daya tarikan pelancong, seperti bilik penginapan berhantu dan tempat bersejarah yang menakutkan.
xenophobiaxenofobiaPerubatanPsikiatriPerasaan takut yang terlampau terhadap orang yang tidak dikenali.
zoophobiazoofobiaPerubatanPsikiatriPerasaan takut yang terlampau terhadap haiwan.
agoraphobiaagorafobiaPerubatanPsikiatriPerasaan takut yang amat sangat terhadap tempat-tempat yang luas atau lapang.
phonophobiafonofobiaPerubatanPsikiatriPerasaan takut atau tidak suka yang keterlaluan terhadap bunyi yang kuat.
photophobiafotofobiaPerubatanPsikiatriPerasaan takut atau tidak suka yang keterlaluan terhadap cahaya yang terang.
nervousnessgementarKejururawatanTiadaPerasaan takut, gemuruh dan disertai dengan beberapa tanda seperti getaran tangan, atau berpeluh tapak tangan.
phobiafobiaPerubatanPsikiatriKeadaan seseorang yang amat takut terhadap sesuatu.
123

Kembali ke atas