Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta/.wil] | تأويل

Definisi : takwil Ar keterangan (mimpi dll), penjelasan, takbir, tafsir: mereka tidak pernah mengerti akan ~ ceritanya; mentakwilkan memberi penjelasan, mene­rangkan, mentafsirkan;takwilan sesuatu yg ditakwilkan: mimpi yg memerlukan ~ simbolik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta/.wil] | تأويل

Definisi : keterangan atau penjelasan me­ngenai sesuatu; tafsir. mentakwilkan memberi penjelasan; mentafsirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata takwil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hermeneutik kerohanianhermeneutik kerohanianKesusasteraanTiadaKaedah tafsir dan takwil teks secara mendalam berasaskan tradisi Islam yang membawa kepada pemahaman kerohanian.
interpretationtafsiranKesusasteraanTiadaPemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya hendaklah seboleh-bolehnya untuk memperoleh makna yang dimaksudkan oleh pengarang. Namun, mutakhir ini dikatakan bawa sesebuah teks mungkin memberi lebih daripada satu tafsiran atau makna. Hal ini disebabkan oleh kompleksiti bahasa dan struktur karya. Walau bagaimanapun, semua tafsiran teks adalah berasaskan kecekapan pembaca dan pengetahuannya tentang konvensi bahasa dan sastera, serta pengetahuan budayanya. Jenis tafsiran yang lebih khusus adalah seperti takwil, hermeneutika dan dekonstruksi. Tafsiran dalam bahasa Arab bermaksud �memberi makna�. Tafsiran disebut juga interpretasi. Lihat juga dekonstruksi, hermeneutika.

Kembali ke atas