fan belt | tali sawat kipas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tali atau set tali yang menghubungkan takal aci engkol dengan kipas enjin, pam air dan pengulang-alik serta peralatan aksesori lain seperti pemampat untuk sistem penyamanan udara kenderaan. Tali ini boleh didapati dalam bentuk V atau jenis polialur rata yang boleh lentur. Semasa enjin beroperasi, ketegangannya dikawal oleh penegang tali sawat untuk mengelakkan tali sawat supaya tidak tergelincir dari alur takal. |
fan belt | tali sawat kipas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tali sawat yang dipacu oleh aci engkol untuk memacu kipas pengulang-alik dan pam air. |
water pump | pam air | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang digunakan untuk mengendalikan kitaran cecair bahan pendingin di antara jaket air dalam blok silinder dan kepala silinder dengan radiator. Pam yang biasa digunakan adalah daripada jenis emparan. Pam air dipacu oleh aci engko melalui tali sawat. |
crankshaft pulley | takal aci engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Takal atau roda bergigi yang dipasang di hadapan aci engkol. Takal ini menghubungkan aci engkol dengan tali sawat kipas yang digunakan untuk memacu peranti lain seperti kipas enjin, pam air dan pengulang-alik. |
plankton net | jaring plankton | Perikanan | Akuakultur | Alat yang digunakan untuk memungut plankton. Penggunaan jaring plankton dapat membantu menapis sampel plankton yang sedikit di dalam isi padu air yang banyak. Jaring plankton mempunyai saiz tertentu seperti 100, 150 dan 200 mikron bergantung pada jenis plankton yang hendak diambil. Jaring ini kebiasaannya direka bentuk seperti kon dengan panjang antara 50 – 60 cm, berdiameter 30 – 50 cm dan diikat pada tali sepanjang 2 m. Saiz jaring plankton dan saiz mata pukat boleh berbeza bergantung kepada keperluannya. Semakin besar luas permukaan jaring, semakin efektif jaring tersebut menapis plankton. Saiz mata skrin yang terlalu halus akan menyebabkan jaring mudah tersumbat dan mengurangkan keberkesanannya untuk memerangkap plankton. Penggunaan jaring plankton dengan saiz yang berbeza adalah lebih berkesan dalam pengasingan saiz plankton untuk kegunaan pusat penetasan. |