slip | gelinciran | Mekanik | Gunaan | (bagi tali sawat) Putaran ke hadapan yang berlaku pada kapi pemacu tanpa menyebabkan gerakan tali sawat, ataupun gerakan ke hadapan tali sawat tanpa menyebabkan gerakan yang berpadanan pada kapi pengikut. gelinciran disebabkan oleh kelonggaran cengkeman geseran di antara tali sawat dengan kapi berkenaan. Apabila gelinciran tali sawat berlaku, nisbah halaju sistem pemacuan menurun. Gelinciran biasanya dinyatakan dalam bentuk peratusan. Sinonim gelinciran sabuk. Lihat juga nisbah halaju. |
cross belt drive | pemacuan tali sawat silang | Mekanik | Gunaan | Pemacuan tali sawat apabila bahagian bebas tali sawat (iaitu bahagian yang tidak melimpap pada kapi) mulai menyentuh kapi pemacu dan kapi pengikut di sebelah yang berlainan nisbi terhadap garis yang menghubungkan pusat kapi-kapi berkenaan [Rajah P4]. Dalam pemacuan silang, kedua-dua kapi tersebut berputar pada hala yang berlawanan. Lihat juga pemacuan tali sawat terbuka. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 142 RAJAH P4 |
creep of belt | rayapan tali sawat | Mekanik | Gunaan | Pemanjangan atau pengecutan kenyal yang dialami oleh tali sawat apabila tali sawat itu bergerak dari laluan lurus ke permukaan kapi, dalam analisis biasa, rayapan ini diabaikan kerana magnitudnya kecil. |
belt drive | pemacuan tali sawat | Mekanik | Gunaan | Pemindahan tenaga atau gerakan sudut dengan menggunakan tali sawat yang dililit di sekeliling kapi pemacu dan kapi pengikut. Pemacuan berlaku berasaskan geseran di antara tali sawat dengan kapi. |
belt friction | geseran tali sawat | Mekanik | Gunaan | Geseran di antara anggota boleh lentur (seperti tali dan tali sawat) dengan jasad tegar sokong (seperti gelendong dan kapi) yang dililit oleh anggota boleh lentur itu [Rajah G9]. Geseran tali sawat menyebabkan berlakunya perbezaan tegangan pada dua bahagian anggota boleh lentur yang dipisahkan oleh bahagiannya yang menyentuh sokong yang berkenaan. |
centrifugal tension | tegangan empat | Mekanik | Gunaan | Tegangan pada tali sawat yang disebabkan oleh tindakan daya empar. Nilainya ialah mv2, dengan m sebagai jisim seunit panjang bagi tali sawat itu dan v sebagai lajunya. Tegangan empar merupakan sampingan bagi tegangan yang disebabkan oleh pemindahan tenaga. Tegangan ini meninggikan nilai tegangan tali sawat di kedua-dua bahagian yang ketat dan yang kendur. Tegangan empar diabaikan dalam analisis tali sawat yang bergerak perlahan tetapi diambil kira dalam kes tali sawat Yang bergerak laju. |
open belt drive | pemacuan tali sawat terbuka | Mekanik | Gunaan | Pemacuan tali sawat yang mempunyai bahagian bebas, (iaitu bahagian yang tidak melimpap pada kapi) yang menyentuh kapi pemacu dan kapi pengikut di sebelah yang sama nisbi terhadap garis yang menghubungkan pusat kapi-kapi itu [Rajah P5]. Dalam pemacuan terbuka, kedua-dua kapi berkenaan berputar pada hala yang sama. Lihat juga pemacuan tali sawat silang. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 142 RAJAH P5 |
initial tension | tegangan mula | Mekanik | Gunaan | Tegangan yang bertindak pada tali sawat yang melingkari kapi pemacu dan kapi pengikut sebelum berlakunya gerakan. Nilai tegangan mula adalah seragam di sepanjang tali sawat. Apabila kuasa dipindahkan, tegangan bertambah pada bahagian ketat tali sawat dan menurun pada bahagian kendurnya. |
crossed belt | tali sawat silang | Kejuruteraan | Tiada | Tali sawat pemacu yang mengalami piuhan di antara kapi pemacu dengan kapi terpacu, melalui bahagian atas salah satu kapi tersebut dan bahagian bawah kapi yang satu lagi . |
serpentine belt | tali sawat serpentin | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Tali sawat yang mempunyai alur berbilang yang diletakkan pada kapi alur berbilang untuk memacu pengulang-alik, stereng kuasa, dan pemampat penyaman udara. |