Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.lian] | تالين

Definisi : 1. wayar dsb yg menjalinkan atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesa­wat elektrik dsb: pastikan ~ mikrofon, alat pera­kam dsb semuanya teratur; 2. aliran (laluan atau sambungan) hubungan telefon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.lian] | تالين

Definisi : 1 wayar atau kabel elektrik. 2 perhubungan tele­fon: Terdapat lima ~ ke pejabat itu. ~ terus perhubungan telefon yg tidak perlu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata talian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vapour return linetalian balikan wapKejuruteraan AutomotifEnjinTalian tiub yang mengalirkan gas atau wap yang bermula dari pam bahan api hingga ke tangki bahan api. Talian ini mem- benarkan wap bahan api yang terbentuk dalam pam untuk dikembalikan ke tangki bahan api. Proses pengembalian wap bahan api ini boleh mengelakkan berlakunya keadaan kunci wap. Sinonim talian wap.
ad hoctalian sementaraKomunikasiTiadaTalian perhubungan yang disediakan oleh pihak komunikasi secara sementara bagi tujuan siaran atau rancangan khas. Talian ini ditamatkan selepas penggunaannya selesai.
infopreneurinfousahawanPerniagaanTiadaIndividu atau kumpulan yang menjalankan aktiviti perniagaan dengan cara menjual maklumat sama ada secara dalam talian atau luar talian, contohnya pemblog, penulis, perunding atau jurulatih.
buff (online gaming)buf (permainan dalam talian)e-SukanTiada1. Kuasa yang diperoleh pemain setelah bertempur dan mematikan sesuatu objek dalam permainan video dalam talian. 2. Kuasa yang ditentukan oleh pencipta permainan video dalam talian untuk meningkatkan kekuatan sesuatu karakter dalam permainan.
hotlinetalian pentingKomunikasiTiadaPerkhidmatan talian telefon yang utama dan disediakan khusus kepada orang ramai untuk tujuan tertentu, seperti hal-hal kecemasan atau sebarang urusan rasmi dengan jabatan-jabatan kerajaan.
vapour linestalian wapKejuruteraan AutomotifEnjinLihat talian balikan wap.
small private online course (SPOC)kursus kecil tertutup dalam talian (SPOC)Teknologi Maklumate-PembelajaranKaedah kursus terbuka raya dalam talian (MOOC) versi kecil dengan model pelaksanaan berbeza dengan melibatkan kursus yang direka khas dan tertutup untuk sekumpulan kecil pelajar tertentu sahaja. Kaedah ini menjadikan pembelajaran lebih terkawal, mudah ditaksir dan dapat memastikan kadar tamat yang lebih baik. Lihat juga kursus terbuka raya dalam talian (MOOC).
residual pressure linetalian tekanan bakiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTalian untuk mengekalkan tekanan dalam sistem hidraulik untuk sesetengah sistem brek gelendong dengan menggunakan injap sehala di dalam silinder induk.
on-line prescriptionpreskripsi dalam talianSains KesihatanTiadaPreskripsi yang dibuat melalui talian komputer.
online coursekursus dalam talianTeknologi Maklumate-PembelajaranKursus yang ditawarkan secara dalam talian.
12345678910...

Kembali ke atas