Tarian kaum Kadazandusun di Penampang dan dataran pantai Sabah yang ditarikan oleh pasangan penari lelaki dan wanita. Tarian ini dipersembahkan semasa perayaan atau upacara ritual. Terdapat dua pergerakan asas dalam tarian tersebut. Pertama, penari mengalihkan berat badan dari kaki kiri ke kaki kanan sambil mengayun tangan di sisi mengikut rentak lagu. Kedua, penari melompat-lompat sambil mendepakan kedua-dua belah tangan. Tarian sumazau diiringi ensembel gong sompogogungan.
Matriks 12 baris darab 12 lajur (12 baris x 12 lajur) yang disusun dengan pic yang diperoleh daripada deret dasar (DD), deret mundur (DM), deret balikan (DB) dan deret mundur balikan (DMB) serta kesemua transposisinya. Matriks ini men-jadi asas bagi pengkaryaan muzik dodekafon atau karya dua belas ton. Semua klasifikasi pic yang terkandung dalam deret dasar ditulis pada baris pertama (dari kiri ke kanan). Apabila set pic ini dibaca dari arah kanan ke kiri akan membentuk deret mundur. Contohnya, Symphony, Op. 21, Gerakan Pertama oleh Anton Webern.
Thanks for clicking. That felt good.