Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk bersenang-senang, bere­hat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bunga­an); 4. kawasan perumahan yg terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain): T~ Tun Dr Ismail; ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll, taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka per­pustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a) tem­pat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah terkorban dlm pepe­rangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga; pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap penghijauan, pe­ng­­in­dahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat menggalakkan; urusan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Bunga ros bunga melati,
     Harum semerbak di dalam taman;
Besar sungguh hajat di hati,
     Untuk menyunting bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar,
     jika tidak kerana bunga kembang di taman.

Bermaksud :

Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
French Renaissance gardentaman Renaissance PerancisLandskapTiadaKawasan berlandskap berbentuk formal yang dicipta di Perancis pada Zaman Renaisance di Eropah. Taman ini mempunyai ban yak ciri persamaan dengan taman-taman sezamannya di Itali. Antara ciri-ciri taman ini ialah bertingkat, luas dan banyak menggunakan e1emen air seperti air pancutan, organ berkuasa air dan sebagainya. Contohnya, Taman Chernanceaux di Perancis.
marine parktaman marin/taman lautKejuruteraanTiadaKawasan di dasar laut yang ditetapkan untuk permuliharaan spesies laut.
parkviewhadap taman/hala tamanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
parkviewhadap taman/ hala tamanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
Anglo-Chinois stylegaya Cina-InggerisLandskapTiadaGubahan atur taman ya ng mempunyai kombinasi taman Inggeris dan taman Cina dan popular di Eropah suatu masa lalu. Lihat juga taman Inggeris dan taman Cina.
formal French gardentaman Perancis formalLandskapTiadaKawasan berlandskap formal yang dicipta oleh orang-orang Perancis pada kurun ke-18 dan popular di Eropah. Taman ini biasanya mempunyai kolam dan air pancut, partere, tempat pejalan kaki, tanaman tahunan berbunga, patung dan perabot taman. Contohnya, Taman Versailles di Perancis.
Moorish gardentaman MoorLandskapTiadaKawasan berlandskap yang menyerupai seni bina taman Islam di Sepanyol. Taman ini berbentuk geometri, berdinding batu dan mengandungi elemen seperti kolam, pokok limau dan sipres. Contohnya, Taman Alhambra di Sepanyol.
Japanese gardentaman JepunLandskapTiadaKawasan berlandskap yang mempunyai c iri budaya orang Jepun seperti pokok bonsai, batu dan pasir. Taman jenis ini ban yak menggunakan simbol dan idea abstrak dan memerlukan penghayatan yang mendalam. Terdapat beberapa jenis taman Jepun seperti Taman Kering dan Taman Pasir.
Japanese gardentaman JepunLandskapTiadaKawasan berlandskap yang mempunyai c iri budaya orang Jepun seperti pokok bonsai, batu dan pasir. Taman jenis ini ban yak menggunakan simbol dan idea abstrak dan memerlukan penghayatan yang mendalam. Terdapat beberapa jenis taman Jepun seperti Taman Kering dan Taman Pasir.
Ex situ conservationPemuliharaan ex situPertanianTiadaProgram pengurusan sumber genetik tumbuhan di luar kawasan asal seperti di ladang, taman botani, taman pertanian, arboretum, bank biji benih serta makmal kultur tisu dan krioawetan. Program ini penting untuk melindungi sumber genetik untuk penyelidikan dan pembiakan. Sumber genetik tersebut penting bagi pertanian komersial serta pembangunan
12345678910...

Kembali ke atas