Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.mat] | تمت

Definisi : 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayat­nya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ija­zah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.mat] | تمت

Definisi : 1 sudah dibaca, diceritakan dll hingga ke akhir: Buku itu sudah ~ dibacanya. 2 berakhir; selesai; habis: Lebih kurang pukul enam petang, barulah temasya sukan itu ~. ~ belajar (persekolahan) sudah menempuh semua tingkatan dlm sekolah; sudah selesai pelajarannya. ~ riwayat sudah mati. menamatkan 1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? 2 menjadikan tamat; menghabiskan; menyudahkan: Kerana selalu sakit-sakit, dia terpaksa ~ perkhidmatannya. tamatan yg sudah tamat belajar di (sekolah, maktab dsb); lulusan: ~ maktab perguruan. pe­namatan perbuatan atau hal me­namatkan: ~ perkhidmatannya adalah atas sebab kesihatan. penamat yg ter­akhir; yg penghabisan; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,

Puisi
 

Tuan menjaja Qurªan Istanbul,
     Lambat tamat dipelajari;
Kalau tuan berjanji betul,
     Dilucut akan cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
completion ratekadar tamatTeknologi Maklumate-PembelajaranPeratusan yang diperoleh daripada bilangan peserta tamat kursus atau program dibandingkan dengan jumlah keseluruhan peserta yang menyertai kursus atau program tersebut. Peserta tamat kursus merujuk kepada peserta yang telah menggunakan sepenuhnya bahan, mengikuti semua aktiviti pembelajaran dan melengkapkan semua pentaksiran kursus atau program.
certificate expirytamat tempoh perakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTempoh bagi sesuatu perakuan yang dikeluarkan oleh autoriti perakuan yang telah tamat tempohnya. Kebiasaannya tempoh perakuan yang telah tamat tempohnya. Kebiasaannya tempoh perakuan yang diberikan oleh autoriti perakuan ialah satu tahun.
certificate of completionsijil tamatTeknologi Maklumate-PembelajaranPernyataan tamat kursus atau latihan yang dianugerahkan oleh penganjur program pembelajaran secara dalam talian bagi mereka yang memenuhi syarat keperluan kursus atau latihan.
motor equifinalitytamat sama motorSains SukanBiomekanikPenggunaan dua lakuan yang berbeza tetapi dapat menghasilkan output motor yang sama. Contohnya, perbuatan memukul bola tenis ke gelanggang lawan dengan menggunakan pukulan pepat atau pukulan kilas.
expiration noticenotis tamat tempohinsuransTiadaNotis kepada insured mengenai kontrak insurans yang akan ditamatkan.
expired contractkontrak tamatPenilaian Harta TanahTiadaTiada
expired leasepajakan tamatPenilaian Harta TanahTiadaTiada
ownership of expirationpemunyaan tamat tempohinsuransTiadaPerjanjian yang menghalang insurer daripada memberitahu ejen atau broker selain ejen asal, tentang maklumat tertentu berhubung dengan butiran polisi, biasanya polisi harta atau liabiliti.
date of terminationtarikh tamatinsuransTiadaTarikh perlindungan insurans ditamatkan sama ada disebabkan tempoh polisi telah berakhir atau polisi dibatalkan.
endinghujungFarmasiTiada1. Tamat atau kesimpulan.,2. Penghujung saraf.
12345

Kembali ke atas