Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.ba.han] | تمبهن

Definisi : 1. sesuatu yg ditambahkan pd, imbuh, tokok: peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan; 2. sesuatu (surat, keterangan, dll) yg dilampirkan, lampiran, pelengkap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
additional coverage (insurance)liputan tambahan; pelindungan tambahan (insurans)PelayaranTiadaPerlindungan tambahan kepada perlindungan asal, yang dikenakan juga bayaran premium tambahan.
marginal analysisanalisis sutEkonomiTiadaKaedah menganalisis kesan perubahan kecil pemboleh ubah ekonomi. Misalnya, analisis sut dalam teori firma membincangkan kesan tambahan satu unit output terhadap tambahan dalam jumlah kos dan jumlah hasil. Mengikut analisis sut, keseimbangan firma dicapai apabila tambahan dalam jumlah kos sama dengan tambahan dalam jumlah hasil yang diakibatkan oleh pertambahan satu unit output. Tambahan dalam jumlah kos disebut kos sut, dan tambahan dalam jumlah hasil disebut hasil sut. Analisis sut juga digunakan teori firma, teori agihan sumber, teori penentuan keseimbangan pasaran dan teori keseimbangan umum ekonomi. Sinonim analisis marginal.
target gainsasaran tambahanSains KesihatanTiadaNilai tambahan yang ingin dicapai pada suatu frekuensi dalam pemasangan alat bantu pendengaran.
full-on gaintambahan takat maksimumSains KesihatanTiadaTambahan prestasi alat bantu pendengaran yang terhasil apabila alat tersebut diukur pada takat maksimum.
nutritional supplementtambahan pemakananSains KesihatanTiadaBahan yang diambil sebagai tambahan kepada makanan yang biasa dimakan.
building extensionbangunan tambahanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaStruktur tambahan di luar bangunan yang bersambung dengan bangunan asal.
extra expense insuranceinsurans belanja tambahaninsuransTiadaPembayaran balik kepada insured atas belanja tambahan berpatutan yang ditanggung untuk meneruskan operasi sesebuah perniagaan apabila harta ditetapkan telah rosak akibat peril yang dilindungi oleh kontrak. Insurans ini biasanya digunakan oleh peniaga apabila penerusan operasi, tanpa mengambil kira perbelanjaan, adalah perlu. Contoh: kedai dobi, bank atau lain-lain bidang perkhidmatan.
supplementary restrain system (SRS)sistem halangan tambahan (SRS)Kejuruteraan AutomotifTiadaSistem yang direka pada kenderaan untuk memberikan perlindungan tambahan dan mengurangkan impak kemalangan kepada pemandu dan penumpang selain daripada tali pinggang keselamatan. SRS akan berfungsi bersama-sama tali pinggang keselamatan apabila berlakunya kemalangan hadapan atau sisi yang teruk.
side jobkerja sampinganSosiologiTiadapekerjaan yang diusahakan sebagai tambahan kepada pekerjaan utama seseorang, sebagai sumber pendapatan tambahan.
compensatory curriculumkurikulum tambahanPendidikanTiadaKurikulum yang direka bentuk untuk mengatasi kelemahan pendidikan bagi kumpulan tertentu seperti kumpulan minoriti, iaitu kumpulan sosioekonomi rendah. Kurikulum tersebut bersifat kurikulum percubaan atau tambahan dan bukan untuk perubahan pendidikan yang menyeluruh.
12345678910...

Kembali ke atas