extra premium removal | penyingkiran premium tambahan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penarikan balik premium tambahan apabila risiko tambahan yang berkenaan tidak lagi wujud. |
combination plan life | pelan gabungan hayat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Di dalam pengurusan pencen, istilah ini dipakai apabila kontrak insurans hayat digabungkan dengan dana tambahan, tujuan untuk menambahkan lagi jumlah wang bagi orang yang akan menerima pencen atau anuiti di masa hadapan. |
addition of pawn item | penambahan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Penokokan barang gadaian baharu sebagai tambahan terhadap barang gadaian sedia ada. Tujuan penokokan ini dilakukan adalah untuk mengukuhkan lagi nilai cagaran yang sedia ada. Contohnya, penggadai menggadaikan sepasang anting-anting emas sebagai cagaran asal kepada hutangnya dan kemudian menambah lagi seutas rantai emas untuk menguatkan cagaran yang asal tadi. Penambahan barang gadaian biasanya dibuat atas permintaan pegadai kerana dikhuatiri berlaku susut nilai barang gadaian asal. |
added title page | halaman judul tambahan | Perpustakaan | Tiada | Halaman judul yang ditambah berdasarkan entri utama bagi entri katalog yang dibuat, yang memuatkan maklumat-maklumat tertentu yang mungkin lebih umum lagi seperti judul siri atau judul dalam bahasa lain, yang diletakkan sama ada pada bahagian awal atau akhir sesebuah buku. |
food additive | bahan tambahan makanan | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Bahan kimia yang ditambahkan dalam jumlah yang sedikit ke dalam makanan dengan sengaja untuk meningkatkan kualiti makanan dari segi tekstur, warna, perisa, rasa, rupa bentuk, keseragaman atau sebagai pengawet semasa pemprosesan. Aditif makanan menjadi sebahagian daripada makanan tersebut. Bahan ini juga ditambahkan sebagai pengemulsi, pemekat, pemanis, penambah perisa dan lain-lain lagi. Antara contoh aditif makanan ialah lesitin, gam arabik, aspartam, benzoat dan monosodium glutamat. |
Kel-Chlo process | proses Kel-Chlo | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses Deacon yang diperbaik oleh Shell Company dengan menggunakan turus terbendalir bermangkinkan lantanum klorida dan kalium klorida sebagai tambahan kepada mangkin kuprum klorida pada suhu 420�C. Kalium klorida menurunkan kadar pemeruapan dan lantanum klorida diperbaik lagi dengan menggunakan nitrogen oksida yang dicampur dengan asid sulfurik. Proses ini berjaya dikendalikan pada tekanan di antara 0.1 � 1.5 MPa dan suhu di antara 130 � 180�C. |
papilla | papila | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Rambut atau bulu pada permukaan epidermis yang tumbuh berdekatan kelenjar. 2. Organ pelekat tambahan yang hujungnya dapat mengecut, seperti yang terdapat pada kebanyakan trematod. 3. Satu daripada bermacam-macam-macam jenis bonjol korium pada lidah dan eminen kulit. 4. Struktur berbentuk kon, seperti puting susu, bahagian hujung piramid buah pinggang, papila lakrimal pangkal bulu burung dan lain-lain lagi. |