Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.bang] | تامبڠ

Definisi : I lubang yg digali utk mengambil hasil bumi (emas, bijih timah, minyak, dll), lom­bong; ~ besi lombong besi; ~ emas lom­bong emas; barang-barang ~ bahan galian dr bumi (besi, emas, arang batu, dll); menambang menggali hasil bumi dr tanah, melombong (bahan tambang); pertambangan segala sesuatu mengenai tambang, perlombongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bang] | تامبڠ

Definisi : 1. = wang ~ = harga ~ bayaran utk membawa barang-barang dll dgn kende­raan, sewa kerana menaiki kenderaan, sewaan: ke­­pulangannya itu adalah utk menerima wang drpd datuknya utk dibuat ~ belayar ke Mekah; 2. yg disewakan (kereta dll), yg mem­bawa penumpang (mengangkut barang-barang), sewaan: kereta ~; perahu ~; sampan ~; 3. pe­num­pang atau muatan kenderaan dgn mem­bayar sewa; ~ malam Pl tidak bertangguh (berlengah-lengah) lagi; menambang 1. menaiki kereta (sampan dll) tambang: maka ~lah saya bersama-sama Grandpre pergi ke Kampung Laut; 2. meng­angkut penumpang(muatan) dgn kereta (sampan dll) tambang; 3. bekerja sbg pembawa kereta (sampan dll) tambang; menambangkan menyewakan kereta dll; tambangan 1. perahu (sampan) tambang; 2. pangkalan tempat penumpang menyebe­rang dgn perahu (sampan) tambang; 3. wang tambang; penambangan perihal menambang (me­nam­bangkan); penambang orang yg mengangkut penum­pang dgn perahu tambang; perahu ~ perahu tambang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bang] | تامبڠ

Definisi : Jk tali yg besar utk menambat binatang pd pokok (tiang dll); ~ manuk simpul manuk; menambang ki tidak mempedulikan isteri (tetapi tidak pula menceraikannya), meng­gan­tung tidak bertali; menambangkan; ~ layar mengembangkan layar dgn tali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bang] | تامبڠ

Definisi : lubang yg digali utk mencari emas, bijih timah, minyak dll; lombong: ~ besi; ~ emas. menambang menggali hasil bumi (spt emas) dr tanah; melombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tam.bang] | تامبڠ

Definisi : 1 = wang ~ wang yg di­bayarkan utk membawa barang, penumpang dll dgn kenderaan; sewa yg dibayar kerana menaiki kereta dll: ~ bas lebih murah drpd ~ teksi. 2 se­suatu yg digunakan utk membawa penumpang (mengangkut barang dll): kereta ~; sampan ~. menambang 1 menaiki kenderaan dgn membayar tambang; menyewa kenderaan: Maka ~lah kami pergi ke seberang. 2 membawa barang atau penumpang dgn kereta atau dgn perahu tambang. 3 bekerja sbg pembawa kereta tambang dsb. me­nambangkan 1 menyewakan ken­­­­­deraan tambang kpd orang lain. 2 membayarkan wang tambang utk orang, barang dll yg dibawa oleh kenderaan tambang. penambangan perbuatan, hal dsb menambang atau menambangkan. penambang orang yg kerjanya mengangkut penumpang dgn perahu tambang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tambang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peak faretambang puncakPelanconganTiadaTambang yang dikenakan semasa musim kemuncak yang biasanya lebih tinggi berbanding dengan musim biasa.
conditional faretambang bersyaratPelanconganTiadaTambang penerbangan yang menjamin tempat duduk pada penerbangan seterusnya, sekiranya penerbangan semasa penuh.
winter faretambang musim sejukPelanconganTiadaTambang pengangkutan yang murah ke destinasi pelancongan semasa musim sejuk.
companion faretambang temanPelanconganTiadaKadar bayaran tambang pengangkutan yang dikenakan kepada teman pengiring. Sinonim companion rate.
agent special faretambang istimewa ejenPelanconganTiadaTambang khas yang diberikan oleh syarikat pengangkutan kepada ejen pelancongan.
fare constructionpembinaan tambangPelanconganTiadaKaedah kiraan tambang yang dilakukan oleh agensi pelancongan untuk mendapatkan harga yang terbaik.
fare calculation laddertahap pengiraan tambangPelanconganTiadaKadar tambang yang dikenakan terhadap seseorang pelancong dengan mengambil kira formula tertentu seperti jumlah ahli kumpulan dalam sesuatu rombongan.
mileage-based fare systemsistem tambang berasaskan perbatuanPelanconganTiadaSistem pengiraan tambang berdasarkan jumlah jarak bagi sesuatu perjalanan.
fare construction unitunit pembinaan tambangPelanconganTiadaUnit yang menganalisis harga tambang, termasuk surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
fare simplificationpemudahan tambangPelanconganTiadaKaedah pengiraan mudah bagi mengeluarkan tiket penerbangan. Contohnya, kadar tambang dari destinasi A ke destinasi B mengikut musim yang telah ditentukan oleh syarikat penerbangan.
123

Kembali ke atas