Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pa/] | تمڤق

Definisi : 1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayang­nya; ~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut; tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupa­nya: meletusnya perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi; tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan seben­tar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar ter­bayang (dlm ingatan, fikiran, dll); menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian pe­rasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;tertampak terlihat, kelihatan, ternampak; ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pa/] | تمڤق

Definisi : sakit ~ sakit campak; tampek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pa/] | تمڤق

Definisi : 1 tidak terlindung; kelihatan: Di sana sini ~ pohon kelapa. 2 me­nunjukkan diri di khalayak ramai; muncul: Sudah seminggu dia tidak ~. ketampakan ist keadaan setakat mana atau sejelas mana sesuatu dpt dilihat dlm keadaan tertentu: ~ yg kurang drpd satu kilometer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampak (kata kerja)
1. Bersinonim dengan nampak: dapat dilihat, kelihatan, ketara, ternyata,
Berantonim dengan ghaib

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terbit, menampakkan diri, memperlihatkan diri, menonjolkan diri,
Berantonim dengan tenggelam

Kata Terbitan : tampaknya, menampakkan, tertampak,

Puisi
 

Pulau Pemanggil teluk empat,
     Tampak dari Johor Lama;
Adik tinggal menunggu tempat,
     Abang pergi takkan lama.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Datang tampak muka,
     pulang tampak punggung.

Bermaksud :

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ultraviolet visible UV/Vis spectrophotometerspektrofotometer ultraungu tampak (UV/Vis)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat yang digunakan untuk menentukan sebatian kimia dengan mengukur penyerapan cahaya yang merentasi ultraungu dan cahaya tampak.
rear elevationtampak belakangPenilaian Harta TanahTiadaTiada
front elevationtampak depanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
ultraviolet visible near infrared spectroscopyspektroskopi inframerah dekat ultraungu tampakNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah untuk menentukan sebatian kimia apabila sampel menyerap sinaran dalam jarak ultraungu ke inframerah-dekat (190 � 2000 nm).
townscapeseni bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaRupa tampak bandar yang menekankan fisiologi dan morfologi bandar termasuk reaksi cita rasa pengguna.
photosensorfotosensorFizikNanoteknologiPeranti elektronik yang mengesan kehadiran cahaya tampak, sinaran inframerah, atau sinaran ultralembayung. Kebanyakan fotosensor terdiri daripada bahan semikonduktor yang mempunyai sifat fotokekonduksian, iaitu kekonduksian elektrik berubah dengan keamatan sinaran yang menimpa permukaan fotosensor. Contoh fotosensor ialah fotodiod, fototransistor dwikutub, dan fotoFET (transistor fotopeka kesan-medan). Fotosensor sinaran ultralembayung menggunakan fotodiod nanorod zink oksida. Fotosensor digunakan dalam sistem optik gentian, pengimbas optik, pemacu cakera optik dan peranti kawalan jauh.
fluorescencependarfluorFizikNanoteknologiLuminans yang kebanyakannya berlaku pada julat cahaya tampak bagi bahan tertentu tanpa melibatkan tenaga haba. Fenomena ini berlaku apabila sinaran elektromagnet jarak gelombang pendek seperti sinaran ultralembayung diserap oleh molekul dan teruja, seterusnya memancarkan sinaran dengan jarak gelombang yang lebih panjang. Lebihan tenaga serapan diubah kepada haba. Pendarfluor ialah nama yang diberikan sempena nama galian fluorit, yang terdiri daripada kalsium fluorit yang mempamerkan fenomena tersebut.
transparencykelutsinaran; lut sinar, kelejasanPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan setem yang tampak jelas dari bahagian belakang jika dilihat dari bahagian depan.
photonicsfotonikFizikNanoteknologiBidang sains yang melibatkan penjanaan, pengawalan dan pengesanan foton terutamanya dalam kawasan spektrum sinar tampak dan inframerah. Contohnya, pengesanan cahaya, sistem telekomunikasi optik gentian, pemprosesan maklumat, holografi dan perubatan seperti endoskopi.
densitometrydensitometriHerbaTiadaKaedah pengukuran kuantitatif berdasarkan ketumpatan optik komponen kimia yang menyerap sinaran ultralembayung dan sinaran tampak. Komponen kimia herba dipisahkan secara kromatografi lapisan nipis dan kuantiti setiap komponen yang terpisah dinilai menggunakan alat densitometer. Penilaian densitometri menggunakan bahan penanda berupaya menentukan tahap kualiti, keselamatan dan keberkesanan bahan mentah atau sediaan herba.
12

Kembali ke atas