Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pa.lan] | تمڤلن

Definisi : sesuatu yg ditampal: di dinding rumah itu penuh dgn ~ surat khabar; juita bukan kerana pakaian yg indah-indah dan emas perak yg gilang-gemilang, bukan ke­rana ~ dr luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pa.lan] | تمڤلن

Definisi : sesuatu yg ditampalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampal (kata nama)
1. Bersinonim dengan penampal: perca, tampung, tembel, tambal,

2. Bersinonim dengan lepa: turap, pelekat, plaster,

Kata Terbitan : bertampal, menampal, menampalkan, tertampal, tampalan, penampalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
patchtampalanKesenianHiasan DalamanKerja pembaikan yang dilakukan terhadap tapak yang cacat dengan meletakkan sekeping kayu daripada jenis yang sama tanjakan telur dan damak dan dicantumkan secara rapi ke atas kecacatan yang telah dikenal pasti sebelumnya. Penjuru-penjuru kayu tersebut harus dipotong dengan teliti dan kemas serta dipasang secara tepat tanpa sebarang renggangan.
patchworktampal cantumKesenianHiasan DalamanKarya seni yang dihasilkan dengan menampal atau menjahit cebisan bahan, seperti kain dan kertas pada sesuatu permukaan. Tampal cantum akan dinilai berdasarkan kehalusan kreativiti kerja dan bahan yang digunakan. Contohnya, tampalan pada cadar atau sebarang objek yang dijadikan hiasan dinding.
herbal medicinal productsproduk herba berubatHerbaTiadaKeluaran sediaan berubat yang mengandungi bahan aktif sama ada satu atau lebih bahan atau sediaan herba atau campuran kedua-duanya. Produk herba berubat boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dos seperti pil, tablet, kapsul dan tampalan. Contohnya, tablet herba laksatif mengandungi ekstrak daun senamaki (Senna folium).

Kembali ke atas