Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.si.lan] | تمثيلن

Definisi : contoh, ibarat, persamaan, perum­pamaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tamsil
2.
Kata Terbitan : tamsilan, mentamsilkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
teka-tekiteka-tekiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing)
sarcasmsindiranKesusasteraanTiadaPerkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi.
tamsiltamsilKesusasteraanTiadaMisalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kamu tersesak.

Kembali ke atas