Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nah] | تانه

Definisi : a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : ark ukuran panjang yg bersamaan dgn enam kaki atau 1.8 meter, depa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : 1 lapisan bumi yg di atas sekali (tempat orang mendirikan rumah, bercucuk tanam dll): Beliau telah membeli sebidang ~ seluas lima ekar di Sabak Bernam. 2 kawasan bumi yg bersempadan, yg diperintah oleh sebuah kerajaan atau yg diduduki oleh sesuatu bangsa: ~ Melayu; ~ Jawa. 3 warna dasar pd kain dll. ~ datar (pamah) tanah yg rata. ~ gambut tanah lembut yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg reput. ~ gembur tanah yg subur yg terdiri drpd campuran pasir, tanah liat dan bahan organik yg reput. ~ jajahan negeri (negara) yg dijajah oleh negara asing. ~ liat tanah yg lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan (biasanya digunakan utk membuat bata dll). ~ merah tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. ~ pusaka tanah yg diwarisi turun-temurun. ~ rizab tanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan. ~-tanih segala macam tanah. ~ tumpah darah tempat seseorang dilahirkan. ~ usang tanah yg tidak subur lagi. ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan orang ramai. bertanah mempunyai tanah; memiliki tanah: Orang-orang yg tidak ~ hendaklah diberi tanah hutan yg baru dibuka supaya mereka dpt bercucuk tanam, berkebun dan berladang. pertanahan hal-hal mengenai tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Kalau digali tanah berbingkah,
     tanah berderai yang akan bertemu.

Bermaksud :

Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
land use surveykaji selidik guna tanahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKerja pengumpulan maklumat tapak untuk mengenal pasti jenis guna tanah, pemilikan tanah, nilai tanah, dan aktiviti semasa tanah untuk tujuan perancangan.
restoration of landpemulihan tanah/pembaikan tanahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
amalgamation of landpenyatuan tanah/ percantuman tanahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaDua lot tanah milik berdampingan atau lebih yang dipegang oleh seorang di bawah hak milik berasingan dicantumkan menjadi satu dan dipegang olehnya di bawah satu hak milik.
restrictive convenantwaad mengehadPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu persetujuan yang dicapai antara pemilik tanah dengan pemilik tanah yang berjiran yang mengehadkan cara penggunaan tanah untuk faedah pemilik tanah yang berjiran.
soil porositykeliangan tanahPertanianTiadaIsi padu liang-liang sampel tanah yang dibahagikan dengan isi padu pukal sampel tanah, iaitu nisbah bahagian isi padu pukal tanah yang tidak dipenuhi oleh bahagian pepejal tanah.
gully erosionhakisan galurHerbaTiadaSejenis hakisan tanah ladang herba akibat penumpuan larian air selepas hujan lebat yang membentuk galur di tanah. Hakisan tanah perlu dikawal untuk mengurangkan kemusnahan tanaman herba.
land bankbank tanahEkonomiTiadaPusat pengumpulan maklumat tentang tanah seperti keluasan, penggunaan, dan hak milik tanah. Maklumat ini penting untuk tujuan perancangan dan penggunaan tanah pada masa akan datang.
land ownership registrationdaftar hak milik tanahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSistem pendaftaran hak milik tanah di bawah Kanun Tanah Negara sebagai bukti kepunyaan dengan merekodkan butiran hak milik, termasuk lokasi dan sekatan-sekatan ke atasnya untuk memudahkan urusan tentangnya seperti pindah milik dan pecah sempadan.
compulsory acquisition of landpengambilan balik tanah secara paksaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPengambilan tanah oleh kerajaan daripada tuan punya tanah untuk apa jua maksud dengan dibayar pampasan menurut kuasa undang-undang pengambilan balik tanah.
setting outpancang tanahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas