carrying capacity | daya bawa | Pertanian | Tiada | Bilangan organisma, haiwan atau tumbuhan yang dapat ditampung kehidupannya dalam sesuatu unit keluasan tanah. Daya bawa bergantung kepada faktor iklim, tanah, air dan makanan yang terdapat pada sesuatu kawasan. Contohnya, bilangan lembu yang dapat membesar di kawasan seluas satu hektar, bergantung kepada jenis rumput, tanah, air dan pembajaan yang diterima oleh kawasan berkenaan. Daya bawa kawasan pastura yang dibaja biasanya antara 5 hingga 7 ekor lembu sehektar. |
chronicle | babad | Kesusasteraan | Puisi | Puisi tradisional yang mengandungi rangkaian tema, persoalan serta peristiwa sejarah tanah air dan pahlawan yang terlibat dalam peperangan. Contohnya, Syair Siti Zubaidah dan Tambo Minangkabau. Sinonim tambo. |
prismatic | prismatik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi makna atau pengertian dua lapis. Makna pada lapis pertama lebih jelas manakala makna lapis kedua lebih luas dan mendalam. Contohnya, puisi "Perempuan Malang" karya Usman Awang yang menggunakan perkataan 'ibuku' yang bermaksud 'tanah air'. Puisi ini memberi gambaran bahawa ibu itu telah lama berjasa kepada penyair. Dengan itu penyair amat mencintainya dan sanggup berkorban untuk menjaga keselamatannya. Gambaran demikian adalah makna pada lapis pertama. Makna lapis keduanya boleh dihubungkan dengan pernyataan kecintaan penyair terhadap tanah air atau negaranya. |
dilogy | makna | Kesusasteraan | Puisi | Erti yang terkandung dalam sesuatu kata atau frasa. Dalam puisi, sesuatu kata itu dapat ditentukan maknanya sama ada secara harfiah atau kias. Contohnya, ibu pertiwi membawa makna tanah air. |
diffusion | resapan | Kesusasteraan | Puisi | Kesan pembacaan puisi yang meresapi emosi khalayak. Contohnya, puisi "Pemuda dan Gadis Tionghua" karya Usman Awang. Pemuda dan gadis Tionghua, di sini bumi dan dan udara kita yang menghidupkan dan bagi kematian, o tanah air dengan kepastian tidak seorang pun akan mungkir kerana kejujuran tertambat pada kesetiaan mengalir. |
distorting of meaning | penyimpangan makna | Kesusasteraan | Puisi | Makna yang ingin ditimbulkan oleh penyair sama ada pada diksi, frasa ataupun kalin1at dalam sesebuah puisi berbeza daripada makna harfiah atau yang terdapat pada kamus biasa. Dalam puisi ini rumah kecil menggambarkan tentang tanah air bukannya mengenai tempat tinggal seseorang. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" karya Darma Mohamad. Rumah kecil menghadiahkan kehidupan yang permai dengan halaman lebar hingga ke dada padang dan padi membuka pandangan hingga ke sayap burung menembusi tabir awan. |
occasional poetry | puisi peristiwa | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berdasarkan kepada sesuatu peristiwa yang menonjolkan sesuatu isu, pemikiran dan tema. Contohnya, peristiwa rampasan tanah petani-petani di Teluk Gong telah memberi ilham kepada beberapa orang penyair tanah air untuk mencipta puisi daripada peristiwa itu. Akhirnya lahirlah antologi Teluk Gong. |
hidrology | hidrologi | Sains Marin | Tiada | Kajian saintifik yang melibatkan pergerakan, taburan dan kualiti air di bumi dan planet-planet yang lain, termasuklah kitaran air, sumber air dan kawasan tadahan air yang mapan. Hidrologi terbahagi kepada tiga, iaitu hidrologi permukaan air, air bawah tanah dan marin. Kajian hidrologi amat penting dalam pembentukan polisi, pelan dan kejuruteraan persekitaran. |
hexametre | sadmatra | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mempunyai unsur irama yang berpola enam. Pola ini dapat dikesan apabila puisi ini dideklamasikan. Contohnya, puisi "Di Luar Negeri" karya A. Ghafar Ibrahim. Di dalam negeri asyik diselubungi keadaan itu itu di luar negeri kita keluar dari keadaan ini dapat melihat ke dasar masalah tanah air dengan rasa lapang dan sedar. |
fundamentalism | faham fundamentalis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran yang dikaitkan dengan gerakan yang berpegang kepada prinsip asas sesuatu agama atau kepercayaan. Pemikiran ini tidak bertolak ansur dengan sebarang pandangan khususnya fahaman sekular. Pada asalnya fahaman ini tidak memiliki sebarang kecenderungan negatif, namun perkembangannya kini sering dikaitkan dengan gerakan militan dan terorisme seperti gerakan mempertahankan tanah air dan kemerdekaannya. Contohnya, Gerakan Pejuang Islam, Yahudi dan Kristian di Asia Barat. Sinonim fundamentalisme. |