boulder clay | tanah liat tongkol | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tanah liat berpasir atau tanah liat yang tidak berstrata, yang mengandungi batu subsegi dan terdiri daripada pelbagai saiz, biasanya berukuran lebih besar daripada 200 mm. |
clay brick | bata tanah liat | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tanah berlumpur yang dibakar atau dibiarkan mengeras di bawah cahaya matahari. Bata tanah liat digunakan untuk membuat rumah, kota, candi dan arca. Penggunaannya amat meluas pada zaman protosejarah sehingga zaman sejarah. Bata tanah liat yang digunakan untuk membuat candi akan dibentuk mengikut kehendak pembuat sama ada persegi empat, berteres atau miring pada satu sisi. Pada zaman Jawa Timur iaitu selepas abad 10M, candi dibina menggunakan bata tanah liat. Contohnya, batu tanah liat yang digunakan untuk membina candi Tapak 19, 21 dan 22 di Lembah Bujang (Kedah).. |
slip | gelincir; surat; slip; penyambar(P.JAS) | Kesenian | Tiada | 1. Slip: Tanah liat cair hasil campuran tanah liat dengan air yang digunakan untuk menghias pasu dan penuangan tanah liat. |
argic horizon | horizon argik | Pertanian | Agroteknologi | Horizon tanah bawah yang mempunyai lebih banyak kandungan tanah liat berbanding dengan lapisan atasnya. Keadaan ini berlaku akibat pemendapan tanah liat atau pemecahan tanah liat dan aktiviti biologi di horizon atas. Ciri-ciri morfologi dan fiziokimianya berbeza dengan tanah liat di atasnya. Lihat juga horizon tanah. |
clay | tanah liat | Kimia | Tiada | Tanah yang terdiri daripada zarah-zarah halus yang terbentuk melalui luluhawa batuan tertentu. Tanah liat kebanyakannya terdiri daripada aluminium silikat terhidrat dengan sedikit benda asing seperti ferum, kalsium dan magnesium oksida. Tanah liat menyerap air untuk membentk bahan yang boleh diuli dan digunakan untuk membuat barangan seramik. |
slip casting | cetak tuang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Teknik yang digunakan untuk menghasilkan tembikar tanah. Tanah liat yang cair dituangkan ke dalam acuan yang tersedia. Proses penuangannya dilakukan secara berulang-ulang. Setiap lapisan dibiarkan seketika agar tanah liat tersebut membeku dan mengeras. Proses ini dilakukan sehingga ketebalan tembikar tanah diperoleh. Teknik ini boleh dikesan kerana bahagian luar badang tembikar agak halus, berbanding bahagian dalamnya yang agak kasar. |
clay | tanah liat | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Sejenis tanah yang lembut yang dapat dibentuk dengan mudah kerana mempunyai ciri plastis. Tanah ini mudah dilenturkan dalam bentuk tertentu apabila basah. Tanah liat terhasil daripada penghancuran atau penguraian batuan seperti granit. Tanah liat juga mengandungi mineral aluminium- silika (besi,kalsium karbonat, pasir kuartz dan air), mempunyai kadar liut yang tinggi dan bersaiz mineral yang halus dengan diameter kurang daripada 0.002 mm. Tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, batu-bata dan arca. |
ball clay | tanah liat bebola | Kesenian | Tiada | Tanah liat untuk seramik yang mempunyai keliutan yang baik. |
Armenian bole | tanah liat Armenia | Perpustakaan | Tiada | 1. Tanah liat berwarna merah cerah yang digunakan sebagai bahan warna dan juga untuk disapukan pada bahagian tepi buku sebelum menyepuhnya, sebagai dasar kepada warna emas yang dapat memperlihatkan warna yang lebih jelas dan berkilat. |
clay slab | keping tanah liat | Kesenian | Tiada | Tanah liat dalam bentuk kepingan. |