city lot | lot bandar raya | Landskap | Tiada | Bidang tanah yang bersaiz tertentu untuk pembangunan dalam bandar raya. |
lateral sewage | kumbahan lateral | Biologi | Ekologi | Paip yang dipasang di bawah tanah di bandar raya, yang mengumpulkan kumbahan domestik. |
culvert | pembetung | Kesenian | Seni Bina | Laluan bawah tanah yang membolehkan air mengalir di bawah jalan raya, landasan kereta api, jejak atau halangan. Pembentung biasanya diperbuat daripada paip, konkrit, tanah liat atau PVC. Pada zaman Rom, pembentung yang membawa air di atas tanah dikenali sebagai akuaduk. |
reinforced earth embankment | benteng tanah bertetulang | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Benteng tanah yang terdapat di bawah jalan raya yang disokong oleh tetulang, keluli, geotekstil, geogrid dan sebagainya untuk mengukuhkan benteng tersebut. |
Atterberg test | ujian Atterberg | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Ujian untuk menentukan ciri atau jenis tanah sebelum dibina jalan raya, landasan kereta api dan sebagainya. |
cement-treated base | tapak simen tanah | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Asas jalan raya yang dibina dengan campuran simen bersama tanah. Sinonim: soil-cement base. |
soil-cement base | tapak simen tanah | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Asas jalan raya yang dibina dengan campuran simen bersama tanah. |
grubbing | membongkar | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Pembersihan tapak yang melibatkan pencabutan akar kayu, rumput dan belukar daripada tanah sebelum pembinaan jalan raya dimulakan. |
causeway | laluan tambak | Kesenian | Seni Bina | Jalan raya atau laluan kereta api yang dibina di suatu kawasan berair yang luas atau di tanah lembap. Laluan tambak dibina dengan membuat tambakan tanah, pasir atau batu. Pembetung digunakan sebagai pembukaan pada tambak untuk menghubungkan kawasan berair di kiri dan kanan. Struktur tambak berbeza dengan jambatan kerana tambak disokong oleh tanah, pasir atau batu yang dilapiskan terus di atas permukaan tanah asal. |
phanerophyte | fanerofit | Biologi | Ekologi | Pokok atau pokok renek yang mempunyai putik bunga pada dahan yang wujud di bahagian atas permukaan tanah. Misalnya, pokok bunga raya, Hibiscus rosasinensis. |