xerophthalmia | xeroptalmia | Veterinar | Tiada | Penyakit mata yang berlaku pada ternakan disebabkan oleh kekurangan vitamin A. Tanda-tanda penyakit ini ialah keadaan konjunktiva dan kornea yang menjadi kering dan menebal serta pengecutan otot optik. Keadaan ini pada peringkat yang serius boleh menyebabkan ternakan menjadi buta. |
ocellus | oselus | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Mata mudah atau bintik mata pada kebanyakan haiwan rendah. 2. Mata dorsal serangga. 3. Tanda seperti mata yang terdapat pada kebanyakan serangga, ikan, bulu unggas dan lain-lain. 4. Sel besar pada epidermis daun yang khusus menerima cahaya. 5. Bonggol pada sporangiosfor sesetengah kulat yang berfungsi menerima cahaya. |
linear perspective | perpsektif linear | Psikologi | Psikologi Umum | Perspektif yang membuatkan individu melihat kedalaman pada gambar atau permukaan dua dimensi dan mengagak kedalamannya dengan sebelah mata. Tanda saran ini berasaskan kepada kenyataan bahawa dua garisan yang selari akan bertemu di hujungnya. Contohnya, individu yang berdiri di antara dua garisan lurus dan selari seperti landasan keretapi akan melihatnya sebagai dua garisan yang bertemu di penghujungnya dan dengan itu mempersepsikannya sebagai jauh. |
hypervitaminosis | hipervitaminosis | Veterinar | Tiada | Keadaan patologi pada ternakan akibat pemberian vitamin yang berlebihan. Dalam keadaan biasa, keadaan ini jarang terjadi kecuali jika berlaku kesilapan semasa pembancuhan makanan. Tanda-tanda umum penyakit ini ialah ternakan mengalami pertumbuhan yang terencat, anemia, lemah dan kehilangan selera makan. Penyakit hipervitaminosis A terjadi pada kucing apabila ia diberi makanan yang berasaskan hati. Pada ayam, pemberian vitamin A yang berlebihan menyebabkan pertumbuhan terencat, kurang selera makan, diarea dan mata membengkak. Pengambilan vitamin D yang berlebihan pula boleh menyebabkan aras kalsium dan fosforus tinggi dalam darah dan mengakibatkan pengumpulan garam kalsium dalam saluran darah dan organ. Penyakit ini jarang berlaku pada vitamin larut air seperti vitamin B dan C kerana ia mudah dikumuhkan. |
Romberg�s sign | tanda Romberg | Perubatan | Tiada | Tanda untuk ataksia lokomotor yang dicirikan dengan tubuh terhuyung-hayang semasa berdiri tegak dengan kaki rapat dan mata tertutup. Tanda ini ketara pada penyakit tabes dorsalis. |
mata kayu | mata kayu | Kesenian | Tiada | Tanda bekas dahan yang telah dipotong pada kayu. |
cat's-eye | mata jalan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Mata jalan: Alat yang dipasang di tengah permukaan jalan yang biasanya jalan bengkok untuk memantulkan cahaya sebagai tanda pemisah lorong. |
orbital signs | tanda orbit | Perubatan | Tiada | Perubahan yang terdapat pada mata berkaitan dengan sesuatu keadaan. |
chain behaviour | tingkah laku berangkai | Psikologi | Psikologi Umum | Bentuk tingkah laku yang berlaku secara berurutan dan ditentukan oleh tanda saran sebelumnya. Contohnya, sewaktu berjalan aturan langkah berikutnya adalah bergantung pada tanda saran yang dicam oleh mata dan diproses oleh otak. Jika tiada sebarang halangan, langkah akan semakin laju berbanding jika ternampak sebatang kayu atau longkang di hadapan. |
optical parallax | paralaks optik | Fizik | Optik | Kecacatan pada alat pengukur optik yang imejnya tidak berada pada satah dawai atau tanda yang digunakan untuk membuat pengukuran dan gerakan mata pencerap akan menyebabkan sesaran imej relatif kepada dawai atau tanda tersebut. |