false indication | petunjuk palsu | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Tanda-tanda yang memberikan maklumat palsu tentang keadaan bahan atau sampel ujian. Tanda-tanda ini terdapat pada semua kaedah ujian tanpa musnah. Contohnya, dalam kaedah ujian radiografi, filem yang tercalar mungkin ditafsirkan sebagai terdapatnya keretakan pada bahan sedangkan bahan itu berada dalam keadaan yang selamat. Dalam ujian ultrasonik, isyarat yang diterima mungkin bukan daripada ketakselanjaran, tetapi disebabkan oleh reka bentuk komponen. |
chronic disease | penyakit kronik | Perikanan | Akuakultur | Penyakit pada ikan yang berlarutan dan sukar sembuh. Penyakit kronik boleh menunjukkan tanda-tanda klinikal atau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda klinikal. |
clinical signs | tanda-tanda klinikal | Perikanan | Akuakultur | Ciri-ciri abnormal yang boleh diperhatikan secara luaran dan dalaman ikan, seperti luka, perdarahan, mata membonjol, sisik tanggal, ginjal membengkak, dan hati pucat. |
premenstrual syndrome | sindrom prahaid | Perubatan | Psikiatri | Tanda-tanda atau gejala fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh wanita sebelum bermulanya haid. |
undifferentiated somatoform disorder | gangguan somatoform tak khusus | Perubatan | Psikiatri | Tanda-tanda fizikal yang tidak jelas, untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, tetapi tidak mencukupi untuk didiagnosis sebagai gangguan somatoform. |
obliterate | hapus; obliteral | Biologi | Tiada | 1. Tidak jelas atau bercantum, seperti tanda-tanda pada serangga.,2. Terhimpit atau tertekan. |
asymptomatic carrier | pembawa tak bergejala | Kesihatan Awam | Tiada | Pesakit atau pembawa yang tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit. |
carrier | pembawa | Perikanan | Akuakultur | Ikan atau organisma yang telah dijangkiti patogen tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda atau gejala penyakit. Pembawa ini mampu memindahkan jangkitan tersebut kepada ikan atau organisma lain. |
virulence | virulen | Perikanan | Akuakultur | Tahap kecederaan pada ikan yang disebabkan oleh patogen. Virulen diukur melalui tanda-tanda penyakit yang ditunjukkan pada ikan atau berdasarkan jumlah kematian ikan. |
suspected patient | pesakit disyaki | Kesihatan Awam | Tiada | Individu yang disyaki telah dijangkiti virus penyebab penyakit dan telah mempunyai tanda-tanda dan gejala klinikal yang positif. |