Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau, lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg ber­bentuk (berupa) tanduk: pisang ~; ~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~ empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tan­duk yg satu tumbuh ke atas dan satu lagi me­leng­kung ke bawah; ~ di kepala tak dapat digelengkan prb sese­orang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg ber­lainan fikiran dll); bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya se­­hingga jikalau orang lain yg membuat ke­jahat­an orang menyangka dia juga; meng­hendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang, sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn peri­hal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri); tak (da­pat) ~ telinga dipulas prb sanggup mela­ku­­kan apa sahaja asal dapat membalas den­dam; bertanduk mempunyai tanduk, ada tan­duknya; (menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin;menanduk 1. menyondol dgn tanduk (ker­bau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tanduk (kata nama)
Bersinonim dengan cula, sumbu;,
Kata Terbitan : bertanduk, menanduk,

Puisi
 

Lembu merah tanduk bercabang,
     Satu tanduk memangku tali;
Ayuh adik jangan marah abang,
     Abang datang nak tentu janji.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai kerbau runcing tanduk.

Bermaksud :

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau [= lembu] tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga).

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
horntanduk; honGeografiTiada1. Tanduk: Puncak gunung berbentuk piramid.,.
anterior horntanduk anteriorPerubatanTiadaBahagian berbentuk tanduk daripada bahan kelabu pada bahagian depan korda spina.
atlas beetlekumbang tandukBiologiEntomologiKumbang raksasa yang berbentuk panjang, mempunyai dua tanduk panjang, dan bahagian toraksnya berkeluk. Kumbang ini terdapat di Asia Tropika.
jawrahangBiologiHistologi dan SitologiSepasang struktur yang disokong oleh tulang atau rawan yang (pada vertebrat) tidak diselaputi oleh apa-apa tisu lain, atau yang (pada tanduk) diselaputi tisu lain. Rahang vertebrat menjadi tempat gigi tumbuh, manakala tanduk mempunyai plat tanduk. Rahang menjadi sebahagian mulut; bahagian atasnya disebut maksila, manakala yang bawah disebut mandibel, dan yang membolehkan mulut terbuka dan tertutup. Struktur seumpama ini juga terdapat pada invedrtebrat.
corniclekornikelBiologiEntomologi1. Tubul tegak yang merembeskan cecair untuk perlindungan diri pada afid. 2. Tanduk kecil atau cuaran bak tanduk. kornikulum.
aerodynamic balanceimbangan aerodinamikAeroangkasaTiadaPermukaan aerodinamik di hadapan garis paksi engsel yang bertujuan mengurangkan kesan momen engsel permukaan kawalan. Contohnya, pengimbang tanduk.,Permukaan aerodinamik di hadapan garis paksi engsel yang bertujuan mengurangkan kesan momen engsel permukaan kawalan. Contohnya, pengimbang tanduk.
horntanduk; honFizikTiadaTiada
horntanduk; honKesenianTiada3. Hon: Alat tiup bras.
scurtanduk rudimenVeterinarTiadaTiada
horntanduk; honKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas