Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.dus] | تندوس

Definisi : 1. tidak ditumbuhi apa-apa (tanah); padang ~ padang yg tidak ada tanamannya; 2. sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licin-licau (wang, harta, dll); menanduskan menyebabkan tandus; ketandusan 1. perihal tandus, ketiadaan sama sekali: ‘Dilema Melayu’ ditulis dlm masa ~ daya dan kepapaan bangsa; 2. telah habis langsung (bkn idea, modal, bakat dsb), mengalami keadaan tandus, kehabisan: universiti itu mempunyai ramai pelajar dan tidak ~ bakat; benarkah beliau telah diper­alatkan oleh kumpulan serpihan yg sudah ~ idea perjuangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.dus] | تندوس

Definisi : tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yg tidak ditumbuhi apa-apa. menanduskan menyebabkan tan­dus: Kemarau yg panjang telah ~ kawasan itu. ketandusan keadaan tan­­dus. penan­dus­an perihal atau proses menjadi (men­jadikan) tandus: Mengharamkan pe­ne­bangan pokok se­cara berleluasa dpt men­cegah ~ hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandus (adjektif)
1. Bersinonim dengan gondol: gersang, kersang, safsaf,

2. Bersinonim dengan habis langsung: licin-licau, tiada lagi, hilang, lenyap, pupus, tandas,

Kata Terbitan : ketandusan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barrenmandul; tandusGeologiTiadaTiada
wastelandtanah tandusPertanianTiadaTiada
barrenmandul; tandusPerhutananTiadaTiada
barrenmandul; tandusGeografiTiadaTiada
badlandstanah tandusGeografiTiadaTiada
barrenmandul; tandusPerubatanTiadaMansul: Tidak berupaya menghasilkan zuriat.
wastelandtanah tandusKejuruteraanTiadaTiada
resource scarcitytandus sumberPentadbiranTiadaKeadaan yang wujud apabila sumber tidak dapat mencapai semua matlamat.
barren groundtanah tandusGeologiTiada2. Tanah yang tidak mengandungi bijih.,3. Permukaan tanah terdedah diliputi oleh sedikit tumbuh-tumbuhan.
barren granitegranit tandusGeologiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas