manual dexterity | kecekatan tangan | Sains Sukan | Biomekanik | Kebolehan memanipulasi peralatan dengan menggunakan keseluruhan bahagian tangan. Contohnya, kecekatan tangan dalam permainan hoki dan badminton. |
handedness | ketanganan | Sains Kesihatan | Tiada | Kecenderungan individu untuk menggunakan tangan kiri atau tangan kanan. |
abduction | abduksi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral menjauhi garis tengah badan. Abduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari sisi badan ke atas, manakala abduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari sisi badan ke atas. Contohnya, fasa yang melibatkan abduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding aduksi. |
adduction | aduksi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral mendekati garis tengah badan. Aduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari atas ke sisi badan, manakala aduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari atas ke sisi badan. Contohnya, fasa yang melibatkan aduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding abduksi. |
nervousness | gementar | Kejururawatan | Tiada | Perasaan takut, gemuruh dan disertai dengan beberapa tanda seperti getaran tangan, atau berpeluh tapak tangan. |
flying kiss | kucupan layang | Umum | Tiada | Ciuman simbolik yang diberikan kepada orang lain dengan mencium tangan sendiri kemudian menghalakan tangan ke arah penerima. |
marwas | marwas | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Marwas terdiri daripada badan berbentuk silinder pendek. Dua muka kulit dipasang pada baluh dengan tali nilon. Marwas dipegang dengan sebelah tangan sementara tangan yang sebelah lagi memukul salah satu permukaan dram. Dram ini menghasilkan rentak terhasil apabila tiga atau empat biji marwas dimainkan serentak. Alat muzik ini juga dikenali sebagai manias. Marwas atau manias biasanya dimainkan oleh masyarakat Melayu dalam bentuk ensembel kecil untuk. |
pronation | pronasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan dari posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke belakang atau ke bawah. Contohnya, kedudukan tangan secara pronasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding supinasi. |
supination | supinasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan ke posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke hadapan atau ke atas. Contohnya, kedudukan tangan secara supinasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding pronasi. |
clawhand | tangan cakar | Perubatan | Tiada | Keadaan tangan dan jari yang melengkung dan atrofi. |