supine | supin | Kejururawatan | Tiada | 1. Baring secara terlentang dengan muka menghala ke atas. 2. Perihal menggerakkan lengan dengan menghalakan tapak tangan ke atas. |
callus | kalus | Herba | Fitoterapi | 1. Penebalan setempat keratin kulit disebabkan tekanan atau geselan secara kronik. Kalus biasanya terjadi di tapak kaki, tangan, lutut dan siku. 2. Tulang baharu yang terbentuk di sekeliling tulang yang tercedera semasa proses penyembuhannya. 3. Kulit keras dan tebal yang terbentuk pada kulit pokok selepas kulit mengalami kecederaan. Kalus terbentuk sebagai satu proses pemulihan kecederaan. |
martial law | undang-undang tentera | Sains Politik | Politik Perbandingan | 1. Undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas sesebuah negara oleh golongan tentera yang telah merampas kuasa negara tersebut dari kerajaan awam. Dengan undang-undang ini, semua hak sivil dibataskan, kebebasan politik terhad dan segala keputusan serta penggubalan undang-undang dibuat oleh pemerintah tentera ini. Pemerintahan ini pernah dilaksanakan di Fiji pada tahun 1988. 2. Pelaksanaan undang-undang tentera oleh sebuah kerajaan awam setelah berlaku satu keadaan darurat yang memerlukan campur tangan dan penguatkuasaan undang-undang oleh tentera bagi memelihara keamanan. Kerajaan awam meminta bantuan tentera untuk mengawal keadaan dan pihak tentera menjalankan tanggungjawabnya tanpa melepasi batasan atau merampas kuasa. Apabila undang-undang ini dibubarkan, pemerintahan akan kembali kepada kerajaan awam. Contohnya, penggunaan undang-undang tentera era Marcos di Filipina pada tahun 1971-1981. |