Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.ga.pan] | تڠݢڤن

Definisi : 1. apa yg diterima oleh panca­indera, gambaran (bayangan) dlm hati, cerap­an: sifat pedas adalah ~ indera perasa, dipertunjukkan juga pd suara atau kata; suka saya bincangkan satu persoalan yg me­nunjuk­kan satu kekeliruan terhadap ~ isi kebudayaan ini; 2. = tetanggapan pertun­jukan (wayang golek dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.ga.pan] | تڠݢڤن

Definisi : sesuatu yg ditanggap oleh pancaindera; gambaran yg diterima dlm hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanggap
Kata Terbitan : menanggapi, tanggapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intentional fallacykekeliruan hasratKesusasteraanTiadaKonsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasrat penulis menimbulkan syak wasangka kerana konsep bawah sedar memainkan peranan yang penting dalam penghasilan teks. Oleh sebab itu, pembaca tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dihasratkan penulis, tetapi mereka perlu mencari makna teks berdasarkan pemahaman dan tafsiran mereka sendiri.
a priori conceptkonsep a prioriFizikNanoteknologiPengetahuan yang diperoleh melalui tanggapan semata-mata dan bukan melalui fakta pengamatan. Contohnya, tanggapan yang dibuat ke atas isu moral atau etika kesan penggunaan nanoteknologi terhadap masyarakat.
realismrealismeKesusasteraanTiadaSuatu bentuk penulisan yang merakamkan kehidupan sebenar manusia dengan cara yang tepat. Realisme merujuk kepada kaedah sastera yang menekankan pemerian yang tepat dan rinci. Realisme juga merujuk kepada tanggapan yang menolak ciri-ciri romantik seperti kebaikan dan kecantikan, tetapi menegaskan tanggapan itu kepada masalah harian manusia. Kaedah realisme mementingkan pengalaman individu yang perlu disampaikan secara terang dan jujur. Realisme juga menegaskan konsep atau gaya tulisan yang bersifat objektif.
egoegoKesusasteraanTiadaTanggapan seseorang tentang harga dirinya, yang mempengaruhi keyakinan diri, cara berfikir, bertingkah laku, berkemahuan dan tindakan. Ego seseorang itu merupakan perasaan dirinya dalam keadaan sedar, yang berupaya menguasai fikiran dan perlakuannya. Kadangkala ego turut dikaitkan dengan sifat bangga dan sayang diri. Ego mempengaruhi karya sastera seseorang pengarah. Banding egoisme.
insightwawasanKesusasteraanTiadaFahaman atau tanggapan tentang sesuatu hal, pandangan atau konsepsi.
diplacucisdiplakukisSains KesihatanTiadaPerbezaan daya tanggapan dua telinga apabila dirangsang oleh frekuensi bunyi yang sama.
perceived constipationsembelit olok-olokKejururawatanTiadaTanggapan sembelit yang tidak benar.
aestheticsestetikKesusasteraanTiadaKeindahan yang dikaitkan dengan tanggapan rasa yang baik dalam seni.
conceptkonsepKesusasteraanTiadaGambaran pemikiran, gagasan, pengertian atau tanggapan yang terdapat atau wujud dalam kepala individu tentang sesuatu objek, perkara, peristiwa dan sebagainya.
cognitive triadtriad kognitifPerubatanPsikiatriKeadaan pesakit yang mempunyai tanggapan negatif terhadap diri sendiri, dunia dan masa depan.
123

Kembali ke atas