Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.gu.ngan] | تڠݢوڠن

Definisi : tanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg digunakan sbg jaminan hutang dll, cagar­an: apa ~mu utk berhutang itu? 4. pen­deritaan, beban: segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung (keselamatannya, nafkah­nya, dll): cukai ini berbeza dr seorang kese­orang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti diper­tang­gungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri;; 7. (Udg) kewajiban yg dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gu.ngan] | تڠݢوڠن

Definisi : 1 orang yg mesti ditanggung nafkahnya dll. 2 sesuatu yg (mesti) ditanggung; kewajipan; tugas. 3 sesuatu yg diderita; penderitaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cantik sungguh buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Ditelan pahit diluah sayang,
     Sakit sungguh tanggungan badan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ibarat beban,
     belum lepas daripada bahu (= kepala).

Bermaksud :

Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
liabilitiestanggunganPenilaian Harta TanahTiadaTiada
rental liabilitytanggungan sewaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
limited liabilitytanggungan terhadPenilaian Harta TanahTiadaTiada
capital liabilitiestanggungan modalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
surety bondbon tanggunganinsuransTiadaBon yang akan memberi pampasan berbentuk wang jika penanggung obligasi gagal untuk melakukan sesuatu yang dipertanggungjawabkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
long tailed liabilitytanggungan Iiabiliti ekoran panjanginsuransTiadaKeadaan sesuatu kecederaan yang mengambil masa lama untuk diketahui dan tuntutan yang mungkin dibuat lama selepas kejadian berlaku biasanya 25 tahun atau lebih.
liability for maintenancetanggungan penyenggaraanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
liability for ratestanggungan kadarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
liability for repairtanggungan membaikiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
joint and several liabilitytanggungan bersama dan berasinganPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12

Kembali ke atas