corporate social responsibility | tanggungjawab sosial korporat | Pengurusan | Perancangan | Suatu tindakan organisasi perniagaan yang menunjukkan tanggungjawab mereka kepada kesejahteraan masyarakat, ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Tindakan ini bukan suatu aktiviti perniagaan dan tidak bermatlamatkan keuntungan. Keputusan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat perlu dibuat oleh pihak atasan organisasi supaya dapat mempengaruhi tanggapan pihak berkepentingan, bahawa organisasi tersebut merupakan sebuah organisasi yang mengambil berat tentang kesejahteraan persekitaran. Contohnya, syarikat kewangan yang menyediakan program latihan seperti celik karangan, khusus untuk murid sekolah bagi memperkasa generasi muda supaya lebih bijak mengurus wang mereka. |
social responsibility | tanggungjawab sosial | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
social responsibility | tanggungjawab sosial | Pentadbiran | Tiada | Perkara yang dilakukan syarikat atau individu yang bertujuan menjaga kepentingan masyarkat seperti menjaga alam sekitar, menghasilkan keluaran bermutu, dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata. |
social responsibility | tanggungjawab sosial | Pentadbiran | Pengurusan | - |
corporate social responsibility | tanggungjawab sosial korporat | Pentadbiran | Tiada | Konsep yang mengesyorkan bahawa setiap syarikat harus mengambil kita kebajikan masyarakat umumnya dalam segala tindak-tanduknya. |
corporate social responsibility | tanggungjawab sosial korporat | Pentadbiran | Pengurusan | - |
charity principle | prinsip amal | Pentadbiran | Tiada | Doktrin dalam tanggungjawab sosial yang memerlukan indivudu yang bernasib baik membantu ahli dalam masyarakat yang kurang bernasib baik. |
corporate philanthoropy | dermawan syarikat | Pentadbiran | Tiada | Sumbangan syarikat kepada kepentingan tanggungjawab sosial dan amal bakti. |
social responsibility | tanggungjawab sosial | Pengurusan | Perancangan | Tindakan yang diambil oleh organisasi untuk menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat. Tanggungjawab ini bukanlah sesuatu yang mesti dilakukan oleh organisasi tetapi bertujuan untuk menjaga imej organisasi berkenaan dan memelihara hubungan baik dengan masyarakat. Contohnya, organisasi yang terlibat dengan program amal dan khidmat masyarakat bersama-sama penduduk setempat. |
social responsibility principle | prinsip tanggungjawab sosial | Pentadbiran | Tiada | Prinsip yang mengenal pasti dan menganalisis kuasa sosial yang memberikan kesan kepada sesebuah organisasi. |