Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.ka.pan] | تڠکڤن

Definisi : 1. apa yg ditangkap, pendapatan menangkap, mangsa, tahanan: telinganya menangkap sesuatu yg menarik hati, tetapi ~ itu kurang jelas; 2. dlm keadaan tertang­kap, dlm tahanan: selepas drpd ~, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan kosong sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.ka.pan] | تڠکڤن

Definisi : sesuatu yg ditangkap; hasil drpd menangkap; tawanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
automated data capture (ADC)tangkapan data automatik (ADC)Teknologi Maklumate-KesihatanTeknologi yang membolehkan data diambil atau direkod secara automatik melalui peranti imbasan ataupun peranti imejan. Teknologi ini selalu digunakan dalam inventori dan logistik. Contohnya, dalam inventori ubat-ubatan di sesebuah hospital yang memerlukan respons yang cepat dan tepat, maklumat ubat yang telah diperoleh atau diambil melalui teknologi ini akan dimasukkan ke dalam pangkalan data. ADC melibatkan teknologi terkini dalam penggunaan peranti mudah alih yang menyokong aliran tugas secara automatik dengan lebih efisien dan pantas.
automated identification and data capture (AIDC)tangkapan data dan pengenalan automatik (AIDC)Teknologi Maklumate-KesihatanLihat pengenalan automatik (AutoID).
trash fishikan bajaPerikananAkuakulturHasil sampingan tangkapan ikan, khususnya daripada aktiviti pukat tunda. Ikan baja terdiri daripada ikan juvenil, ikan yang tidak bernilai komersial dan ikan yang bernilai komersial tetapi belum cukup besar untuk dijual. Ikan baja juga boleh dijadikan sebagai makanan ikan sangkar atau diproses sebagai tepung ikan.
diffusionresapanKejuruteraanTiadaLaluan zarah menerusi bahan dengan kebarangkalian serakan lebih besar dibandingkan dengan kebarangkalian tangkapan.
police statenegara polisSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang pemerintahannya bersifat autoritarian dan bergantung kuat kepada institusi polis. Dalam negara ini, undang-undang sangat ketat dan tekanan serta tangkapan sering dilakukan kepada penentang kerajaan atau anggota pembangkang. Penentang yang ditangkap pula tidak dibawa ke meja pengadilan dan terus dihukum. Peranan polis sangat besar dan mereka tidak sahaja menjalankan tugas dalam bentuk rasmi beruniform tetapi ramai yang bergerak secara sulit, mengintip sebarang penentangan dalam masyarakat seperti yang dilakukan oleh KGB di Soviet Union, Gestapo di Jerman atau Savak di Iran.
storyboardpapan ceritaTeknologi Maklumate-PembelajaranSet panel urutan ilustrasi atau imej yang memberikan visual awal penceritaan sesuatu animasi, gambar bergerak, grafik bergerak, media interaktif atau urutan lukisan. Papan cerita ini biasanya disertakan dengan arahan dan dialog, bagi menunjukkan perancangan keseluruhan tangkapan adegan untuk produksi filem, video, televisyen atau iklan.
fish mealtepung ikanPerikananAkuakulturBahan asas utama yang digunakan dalam penyediaan makanan rumusan ikan dan udang. Tepung ikan mengandungi sumber protein yang tinggi dan kandungan asid amino perlu yang lengkap untuk keperluan ikan. Terdapat dua jenis sumber tepung ikan utama, iaitu tepung ikan import dan tepung ikan tempatan. Tepung ikan import diproses daripada hasil tangkapan ikan secara komersial khas untuk penghasilan tepung ikan, manakala tepung ikan tempatan diproses daripada hasil tangkapan sampingan atau ikan baja.
disease transmissionpenularan penyakitPerikananAkuakulturPemindahan agen berjangkit seperti patogen daripada ikan yang sakit kepada ikan yang sihat secara horizontal atau vertikal. Penularan penyakit secara horizontal merujuk kepada pemindahan terus patogen daripada persekitaran melalui sentuhan dengan ikan sakit, najis, air atau peralatan ternakan/tangkapan yang tercemar dengan patogen. Penularan penyakit secara vertikal pula adalah pemindahan jangkitan atau penyakit yang diwarisi daripada induk kepada telur ikan.
automated data collectionpengumpulan data terautomasiTeknologi Maklumate-KesihatanSistem yang membolehkan data dibaca, dirakam dan dikumpulkan secara automatik melalui sistem suara, pengenalan frekuensi radio (RFID), pengecaman aksara optik (OCR), pengimbas dan seumpamanya. Dalam bidang perubatan, sistem ini memberikan data yang penting terhadap keadaan pesakit melalui peralatan perubatan, mengubah data tersebut dalam format yang piawai, dihantar terus ke sistem rekod perubatan elektronik, dan menyediakan antara muka yang selamat bagi memantau rekod pesakit. Lihat juga tangkapan data automatik (ADC), pengenalan automatik (AutoID), tangkapan data dan pengenalan automatik (AIDC).
automated identification (AutoID)pengenalan automatik (AutoID)Teknologi Maklumate-KesihatanProses pengecaman data secara automatik melalui beberapa teknologi dan peranti seperti pembaca kod palang, pengenalan frekuensi radio (RFID), pembaca jalur magnet dan kad ingatan optik. Contohnya, pengenalan automatik digunakan untuk membuka pintu laluan zon terhad sesebuah hospital yang dikhaskan untuk pegawai perubatan sahaja. Sinonim tangkapan data dan pengenalan automatik (AIDC).

Kembali ke atas