Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat menyimpan minyak (air dll), kolam air, teng; kapal ~ kapal utk mengangkut minyak (ta­nah); ~ najis tangki septik; ~ septik tempat menakung najis, air kumbahan dsb (biasanya di bawah tanah) yg dapat diuraikan melalui tindakan bakteria. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tangki (kata nama)
Bersinonim dengan kolam air, kolah, teng, jeding, waduk air.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
darkroom equipmentperalatan bilik gelapTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPeralatan yang terdapat di dalam bilik gelap untuk tujuan pemprosesan filem. Contohnya, lampu cahaya selamat, tangki pencuci, tangki cecah bantut, tangki penetap, tangki air dan pengering.
expansion tanktangki pengembanganKejuruteraan AutomotifEnjin1. Tangki yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan pendingin akibat pengembangan kerana dipanaskan oleh enjin. Apabila enjin menjadi sejuk, bahan pendingin akan mengecut dan mengalir semula ke radiator. Tangki ini dihubungkan dengan radiator oleh sebatang hos. Tekanan dalam tangki ini menjadi tinggi, iaitu sama dengan tekanan dalam radiator apabila enjin beroperasi dan tekanan ini dikawal oleh tukup tekanan. 2. Tangki tambahan pada tangki bahan api dalam beberapa jenis kenderaan yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan api akibat pengembangan.
rainwater harvesttuai air hujanAlam SekitarTiadaMengumpulkan air hujan daripada bumbung dan kemudiannya disalurkan ke tangki-tangki penyimpanan air hujan sebelum digunakan.
fuel tanktangki bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinBekas simpanan bahan api yang diperbuat daripada logam, plastik atau bahan komposit dalam kenderaan. Tangki ini disambungkan ke talian bahan api melalui penapis untuk membekalkan bahan api ke sistem bahan api. Tangki ini juga dilengkapi dengan dua sistem, iaitu sistem pengisian yang membolehkan bahan api diisi semula dan udara dikeluarkan, dan sistem pengukur aras bahan api.
immersion tanktangki rendamanBuluhTiadaTangki yang digunakan untuk menakung larutan bahan pengawet bagi tujuan pengawetan.
compression tanktangki mampatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTangki yang digunakan untuk menyimpan cecair atau gas.
gravity tanktangki gravityKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTangki yang mengandungi cat dan diletakkan di tempat tinggi supaya cat dapat mengalir mengikut tekanan graviti.
recovery tanktangki pengembanganKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTangki yang disambung kepada penyinar pada enjin penyejuk cecair untuk menyimpan bahan penyejuk yang melimpah dari penyinar, dan sebagai ruang untuk pelepasan gelembung gas.
washer tanktangki pencuciKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTangki di ruang enjin yang mengandungi bahan pencuci untuk mencuci cermin hadapan dan belakang menggunakan lengan pengelap.
septic tanktangki najisPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaTangki pengumpulan kumbahan yang dibina di tempat yang tidak ada sistem pembetungan.
1234567

Kembali ke atas