Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kis] | تڠکيس

Definisi : tangkisan: Terung Pipit pun tersalah ~ penikam Tengku Sultan; bulu ~ sj permainan spt tenis dan meng­gunakan sj bola drpd bulu ayam, badminton; bertangkis-tangkisan saling mengelakkan pukulan dll drpd lawan: maka kedelapan hulu­balang berpalukan cokmarnya ~; menangkis 1. menepiskan atau mengelak­kan pukulan musuh dgn tangan (alat, senjata, dll): segera ditikamnya, maka ditangkis ba­ginda; maka ditangkisnya dgn perisainya; 2. membalas dan melawan serangan, mematah­kan serangan musuh: mereka akan diberi pene­rangan oleh pegawai-pegawai utk ~ serangan musuh; 3. menjawab atau mem­balas (kritikan, tuduhan, dll), membantah, menolak: dia hanya tersenyum kerana tidak dapat ia hendak ~ tuduhan itu; menangkis-nangkis menangkis berturut-turut atau berulang kali; tangkis-menangkis saling menangkis: ma­ka kedelapan hulubalang itu bertetakan mata pedang ~;tertangkis dapat ditangkis, terelak: dia ter­paksa menghadapi pelbagai kritik yg tidak ~ olehnya; tangkisan gerakan menangkis (serangan dll), hasil menangkis; penangkisan perbuatan menangkis: suara sorak-sorai kian gemuruh mengikuti setiap suara ~ yg didengar dr dewan itu; penangkis alat utk menangkis: dua ketum­bu­kan askar ~ Jepun dgn satu pasukan kereta kebal telah mendarat di utara Tanah Melayu; meriam ~ meriam utk menangkis serang­an kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kis] | تڠکيس

Definisi : ; menangkis 1 mengelakkan pukulan, tikaman dll dgn tangan atau dgn alat; menepis: Dgn mudah saja, dia ~ tikaman perompak itu. Ditangkisnya tikaman itu dgn perisainya. 2 membalas atau mematahkan sesuatu serangan: Mereka telah dpt ~ serangan musuh. tangkis-menangkis saling mengelakkan atau saling menepis pukulan dll; saling menangkis. tang­kisan hasil menangkis; tepisan. pe­­­­nangkisan perbuatan atau hal me­­nang­kis. penangkis alat utk menangkis: meriam ~ meriam utk menangkis serangan kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangkis
Kata Terbitan : menangkis, tangkisan, penangkisan, penangkis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
loblobSukanTiada1. Pukulan bertahan dengan mengangkat bulu tangkis dari bawah secara perlahan dan bulu tangkis tinggi jauh ke belakang.
pop-uppantulan jaringSukanTiada1. Pantulan jaring: Pukulan bulu tangkis pada jaring yang menyebabkan bulu tangkis melantun masuk ke kawasan lawan.
in playdalam permainanSukanTiadaKeadaan apabila bulu tangkis boleh dipukul ke dalam petak permainan lawan, dan pemain lawan boleh menghantar balik bulu tangkis kerana permainan masih berjalan.
furisutetangkis cedokSukanTiadaTangkisan dengan mencedok dan membuang kaki lawan.
hirayukitangkis pepisau serentakSukanTiadaTangkisan dengan menggunakan pepisau tangan serentak.
hizagashiratangkis lututSukanTiadaTangkisan dengan menggunakan lutut.
sukuidometangkis sauk buangSukanTiadaTangkisan dengan menyauk kaki lawan ke atas untuk dibuang.
uchiotoshitangkis tukulSukanTiadaTangkisan dengan gerakan tangan separuh bulatan untuk menghentak tangan atau senjata lawan.
sashitetangkis-serang pepisauSukanTiadaTangkisan dan serangan dengan menggunakan pepisau tangan.
bundban; tangkis; permatang; bentengPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas