Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ni] | تاني

Definisi : orang (kaum) ~ = petani orang yg pe-ker­­­jaannya bercucuk tanam (mengusahakan tanah), pekebun, peladang, pesawah;bertani mengusahakan tanah (tanam-me­nanam dll), bercucuk tanam, berkebun, ber­ladang, bersawah; kepetanian kedudukan (taraf) petani; pertanian 1. perihal bertani (tanam-mena­nam); 2. perusahaan bercucuk tanam: tanah­nya boleh digunakan utk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ni] | تاني

Definisi : ark tali-temali pd perahu utk meneguh­kan tiang, temberang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ni] | تاني

Definisi : pintu ~ sl pintu gerbang di sebelah luar istana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ni] | تاني

Definisi : ; bertani mengusahakan tanah utk bercucuk tanam. pertanian 1 hal-hal bertani. 2 perusahaan tanah utk bercucuk tanam. ~ campur perusahaan bercucuk tanam dan berternak bi­natang (lembu dll). ~ pindah pertanian yg dijalankan di sesuatu kawasan sehingga kawasan itu tidak subur lagi, lalu petani berpindah ke kawasan lain yg subur utk bertani. ~ sara diri perusahaan bercucuk tanam yg hasilnya hanya utk keperluan sendiri (petani dan keluarganya). petani orang yg kerjanya bercucuk tanam atau bertani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tani
Kata Terbitan : bertani, pertanian, petani,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peasant societymasyarakat taniSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang bergantung kepada pertanian sama ada dengan bercucuk tanam atau menternak binatang. Mereka memiliki tanah yang kecil di Iuar bandar dan hidup susah dengan pendapatan yang kecil. Golongan tani yang menyewa tanah masih tergolong dalam masyarakat ini dan mereka turut diberi kebebasan untuk menjual sendiri hasil tani mereka. Masyarakat tani merupakan kelas bawahan yang turut tertindas dan tidak mempunyai kuasa politik. Dalam konteks pemikiran Marx, golongan ini dianggap tidak penting kerana beliau hanya melihat buruh sebagai pendorong kepada perubahan. Walau bagaimanapun Mao Tse Tung telah membuktikan bahawa petani juga boleh membawa perubahan sosial dan politik dengan melancarkan revolusi komunis di China.
agrotourismpelancongan taniPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaAktiviti pelancongan berasaskan aktiviti pertanian.
agrotainmentagrohibur/tani hiburPelanconganTiadaTiada
agrotainmentagrohibur/tani hiburPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
agrarian versepuisi taniKesusasteraanPuisiPuisi yang menggambarkan kehidupan dan dunia pertanian. Contohnya, puisi "Sawah" karya Sanusi Pane dan ''Senja di Desa" karya Masman. Sinonim puisi agrarian.
farmer�s marketpasar taniPelanconganTiadaTempat untuk memasarkan produk pertanian dan menjadi daya tarikan pelancong.
agrarian versepuisi agrariaKesusasteraanPuisiLihat puisi tani.
populist groupkumpulan populisSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang berjuang untuk kepentingan golongan bawahan atau orang kebanyakan. Gerakan ini sering menggunakan isu kesusahan golongan tani, buruh dan pekerja bawahan lain untuk mendapatkan sokongan daripada golongan popular ini. Isu pekerjaan dan tempat kerja, perumahan dan kesesakan, pendapatan dan kemiskinan serta isu penindasan dan kebebasan merupakan isu utama yang dilaungkan oleh kelompok ini. Kumpulan populis berkembang di Amerika Syarikat pada hujung abad ke-19 yang banyak berjuang untuk kepentingan golongan tani. Contohnya Parti Populist yang dibentuk pada tahun 1892 di Amerika Syarikat.
agrarian partyparti agrariaSains PolitikPolitik PerbandinganParti yang mewakili kepentingan masyarakat tani. Parti ini amat dominan di negara Eropah khususnya negara seperti Norway, Denmark, Finland, Sweden, Hungary dan Poland pada pertengahan abad ke-20. Namun kepesatan perindustrian dan perbandaran telah menghakis perkembangan parti jenis ini. Contohnya, Parti Keskustapuolue di Finland.
revolutionrevolusiSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan besar-besaran yang mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat. Gerakan lazimnya berlaku dari bawah atau digerakkan oleh masyarakat kelas bawahan khususnya golongan tani. Golongan yang tertindas akan melancarkan revolusi bagi mengubah sistem yang begitu mencengkam. Walaupun pernah muncul idea Marx mengenai revolusi proletar yang mungkin meletus, namun idea ini tidak menjadi realiti. Sebaliknya revolusi yang berlaku di dunia hanya bergerak dalam masyarakat tani seperti di China, Cuba, Vietnam dan Cambodia. Revolusi yang menukarkan sistem politik ini boleh berlaku kepada sistem beraja ataupun republik. Meskipun terdapat perbincangan mengenai revolusi daripada golongan atasan seperti yang berlaku di Jerman di bawah Hitler, namun penggunaan istilah revolusi lebih banyak merujuk kepada revolusi dari bawah. Revolusi kemudiannya membentuk satu masyarakat baru yang berbeza dengan struktur lama.
12

Kembali ke atas