Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nin] | تانين

Definisi : (Kim) sj bahan yg diperoleh drpd kulit kayu dan digunakan utk menyamak kulit dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nin] | تانين

Definisi : ist bahan yg berasa pahit, yg terdapat pd daun, kulit kayu, buah yg belum masak, dsb, digunakan dlm pengawetan kulit binatang, dan dlm membuat pewarna dan dakwat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tannintaninHerbaPemiawaianSebatian yang mempunyai struktur polifenol yang rumit. Sebatian tanin terbahagi kepada dua jenis, iaitu tanin terkondensasi dan tanin terhidrolisis. Contoh ekstrak herba yang mengandungi tanin ialah ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum) dan ekstrak daun mengkudu (Morinda citrifolia).
oak gallmanjakaniHerbaTiadaPuru yang dihasilkan pada pokok mempening (Quercus infectoria) akibat tindak balas pokok terhadap tusukan sejenis tebuan. Puru ini mengandungi bahan kimia tanin, asid galik dan asid elagik yang mempunyai sifat antimikrob dan boleh mengekalkan keanjalan dinding uterus. Manjakani biasanya digunakan untuk rawatan lepas bersalin.
bamboo extractivesekstraktif buluhBuluhTiadaKandungan kimia selain komposisi kimia utama, yang terdapat dalam buluh dan boleh diasingkan dengan menggunakan pelarut seperti air, eter, benzena atau bahan kimia lain. Contoh ekstraktif yang terdapat dalam buluh ialah protein, tanin, lemak dan pigmen.

Kembali ke atas