unwitting insider | orang dalam tak bersengaja | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Orang dalam yang melakukan perbuatan berniat jahat tanpa sengaja, tanpa dorongan dan tanpa kewarasan kerana dipergunakan oleh musuh. |
unconditional surrender | penyerahan tanpa syarat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Mengaku kalah secara sukarela tanpa memberi sebarang syarat yang perlu dipatuhi. Penyerahan dalam peperangan atau sebarang konflik boleh dibuat secara bersyarat atau tidak bersyarat. Penyerahan tanpa syarat membawa maksud tidak ada sebarang tuntutan disertakan dengan penyerahan tersebut. Penyerahan bersyarat pula membawa maksud penyerahan itu disertai dengan tuntutan seperti tidak dipenjara, tidak perlu membayar pampasan atau tidak mahu dihebohkan. Contohnya, Jepun menyerah tanpa syarat setelah bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. |
nonparticipation limit | polisi tanpa sertaan | insurans | Tiada | Polisi yang menjamin kos sebenar dengan lebih awal. Polisi ini dikenali sebagai tanpa sertaan disebabkan tidak mempunyai dividen. Polisi tanpa sertaan diurus niaga oleh syarikat insurans stok. Polisi dengan sertaan pula diurus niaga oleh syarikat insurans bersama. Syarikat stok, walau bagaimanapun boleh mengeluarkan polisi insurans sertaan. |
contactless payment | pembayaran tanpa sentuh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah pembayaran yang selamat bagi pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan dengan mengetik kad debit, kad kredit, kad pintar atau peranti lain seperti telefon pintar pada terminal pembayaran yang mempunyai simbol tanpa sentuh. Pembayaran tanpa sentuh menggunakan teknologi pengecaman frekuensi radio (RFID) atau komunikasi medan dekat (NFC) seperti Samsung Pay, Apple Pay dan Google Pay. |
bangsawan | bangsawan | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis teater bersifat opera yang mengandungi lagu, muzik, dialog dan dipersembahkan tanpa skrip. Walaupun tanpa skrip, rangka lakon atau senario setiap cerita ditampalkan di belakang pentas untuk dijadikan panduan. Justeru, persembahan bangsawan banyak memanfaatkan teknik improvisasi dalam dialog dan aksi. Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan latar yang diwarnakan, aksi yang streotaip, serta muzik dan tarian yang tidak dirancang. Cerita bangsawan berkisar tentang dalam raja, istana dan dewi-dewi. Ada juga cerita berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina, dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater parsi (dikenali sebagai Wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatan yang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Kumpulan bangsawan yang terkenal dan rpfesional di Pulau Pinang ialah Pushi Indera Bangsawan of Penang (1914). Kumpulan ini kemudiannya berkembang di Sumatera, dan dikenali oleh Opera Stambul. Bangsawan mengalami kemerosotan selepas Perang Dunia Kedua dan semasa penjajahan Jepun. Persembahan bangsawan kemudiannya diambil alih oleh sandiwara. Contoh bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuh, dan Bawang Putih Bawang Merah. Lihat juga sandiwara, stambul. |
non violence | tanpa kekerasan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan politik yang dibuat tanpa melibatkan sebarang keganasan. Gerakan ini percaya kepada satu penyelesaian atau persaingan yang adil dan bebas. Kaedah yang biasa digunakan ialah secara aman seperti terlibat dalam pilihan raya, menuntut sesuatu secara melobi, menggunakan media, kaedah rundingan dan tawar-menawar. Penggunaan keganasan dianggap terkeluar daripada peraturan permainan yang diterima. Contohnya, Mahatma Gandhi merupakan tokoh yang berjuang dengan menggunakan cara ini yang dikenali sebagai satyagraha atau tanpa keganasan tetapi berterusan. |
unleaded gasoline | gasolin tanpa plumbum | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gasolin yang tidak mengandungi plumbum tetraetil Pb(C2H5)4. Gasolin tanpa plumbum mempunyai pengkadaran oktana yang melebihi RON 87 melalui penambahan bahan, iaitu hidrokarbon aromatik seperti benzana bagi mengelakkan berlakunya letupan dan seterusnya menambah prestasi enjin. Penggunaan bahan api ini menyebabkan kadar kehausan yang lebih tinggi pada bahagian dalaman enjin era 80-an dan sebelumnya seperti dudukan injap dan pandu injap. Namun, masalah ini tidak berlaku pada enjin era 90-an dan seterusnya kerana bahagian tersebut diperkuatkan untuk mengelakkan kehausan. Sinonim petrol tanpa plumbum Banding gasolin berplumbum. |
plain chant | plainsong | Kesenian | Seni Muzik | 1. Melodi vokal tunggal tanpa iringan yang iramanya ditentukan oleh lirik dan tidak dibahagikan kepada bar tertentu. 2. Melodi vokal dalam liturgi Kristian. Plainsong bertekstur monofoni tanpa iringan, tidak bermeter, berirama bebas, tanpa garis bar dan dinyanyikan secara canta. Plainsong juga dikenali sebagai canta Gregorian. |
strawless | tanpa straw | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Minuman yang disediakan tanpa menggunakan penyedut minuman. |
Non-destructive Testing (NDT) | ujian tanpa musnah (NDT) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Pengujian sains dan teknologi menggunakan kaedah tertentu untuk menguji bahan, komponen, dan sistem dengan cara tidak merosakkan objek yang diuji. Terdapat lima kaedah pengujian yang lazim digunakan dalam industri, iaitu ujian radiografi (RT), ujian ultrasonik (UT), ujian penembus (PT), ujian partikel bermagnet (MT), dan ujian arus pusar (ET). Tujuan pengujian ini digunakan adalah untuk mengesan, menentukan kedudukan, mengukur, mentafsir dan menilai sesuatu kecacatan pada objek agar objek tersebut sesuai digunakan mengikut aplikasinya. Lihat juga ujian radiografi, ujian ultrasonik, ujian penembus, ujian partikel bermagnet, ujian arus pusar. |