Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nur] | تانور

Definisi : Ar tempat memasak, keran, perapian; ~ tinggi perapian tempat memasak kapur (bijih besi dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nur] | تانور

Definisi : dapur (yg besar) tempat mem­bakar, mengeringkan atau memproses sesuatu, spt bata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ceramic kilntanur seramikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTempat membakar seramik secara tertutup. Tanur ini mempunyai dinding batu bata sebagai penstabil suhu dan dua pintu yang bertindak untuk menyalurkan haba dan saluran pembuangan haba panas. Antara jenis tanur seramik ialah tanur arus udara ke atas, tanur arus udara ke bawah, tanur bertingkat dan tanur botol.
kiln washlumas tanurKejuruteraanTiadaSalutan bahan refraktori yang digunakan sebagai pelindung pada perabot tanur dan dinding tanur.
kilntanurPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBinaan berbentuk bilik yang dilengkapi alat pengawal suhu, kelembapan bandingan dan pengedaran udara yang digunakan untuk mengeringkan kayu. Ada dua jenis tanur yang sering digunakan iaitu tanur kompartmen dan tanur progresif.
bank kilntanur bertingkatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTanur ini bentuk memanjang dengan salah satu bahagian hujungnya mempunyai corong menara manakala hujung lainnya dijadikan tempat pembakaran. Di dalam tanur ini, tembikar mentah disusun secara bertingkat atau berbaris. Bentuk susunan ini mempunyai kelebihan kerana boleh memuatkan hingga ratusan tembikar tanah untuk sekali pembakaran. Bentuk tanur kategori ini yang kerap digunakan ialah tanur naga.
periodic kilntanur berkalaKejuruteraanKejuruteraan BangunanTanur yang digunakan untuk pembakaran secara kelompok dan berlainan dengan tanur terowong yang beroperasi secara berterusan.
charcoal kilntanur arangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanur yang diperbuat daripada logam atau batu-bata untuk tujuan menghasilkan arang kayu. Di Malaysia, tanur arang kebanyakkan berbentuk kubah dan dibina di kawasan hutan paya bakau.
down draught kilntanur arus udara ke bawahArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTanur ini terbahagi kepada tiga aspek. Pertama, tempat pembakaran berada di bahagian bawah. Kedua, tembikar disusun secara bertingkat di dalam tanur manakala ketiga, di tengah kubah terdapat lubang yang bertindak sebagai corong laluan udara panas mengalir keluar dari bawah ke atas semasa proses pembakaran.
up draught kilntanur arus udara ke atasArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTanur berbentuk kubah (cembung) yang terbahagi kepada tiga ciri. Pertama, tempat pembakaran berada di bahagian bawah. Kedua, tembikar disusun secara bertingkat di dalam tanur manakala ketiga, di tengah kubah terdapat lubang yang bertindak sebagai corong laluan udara panas mengalir keluar dari bawah ke atas semasa proses pembakaran.
kiln chargeisi tanurPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanJumlah kayu yang sedia untuk dikeringkan atau kayu yang sedang dikeringkan di dalam tanur. Jumlah ini berbeza-beza mengikut saiz dan jenis tanur yang digunakan, dan digunakan sebagai panduan perancangan pengeringan kayu.
solar dryingpengeringan suriaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPengeringan kayu dalam tanur suria yang menggunakan tenaga cahaya matahari sebagai sumber haba. Suhu dalam tanur semasa pengeringan berjulat antara 7�C hingga 11�C melebihi suhu luar tanur. Tempoh pengeringannya lebih singkat, iaitu antara 50 peratus hingga 75 peratus, berbanding dengan tempoh pengeringan udara. Pengeringan suria mempunyai potensi untuk dimajukan terutamanya di negara tropika yang mempunyai cahaya siang yang panjang.
12345678910...

Kembali ke atas