Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.pa/] | تاڤق

Definisi : 1. bidang kaki (kasut, tangan) sebelah bawah, telapak; 2. = ~ kaki bekas kaki, jejak kaki; 3. langkah: belum lagi beberapa ~ kami berjalan aku nampak cahaya lampu suluh dr belakang; 4. bahagian sebelah bawah dr sesuatu, dasar: ~ piramid; 5. ki asas (dasar atau tempat) melakukan atau memulakan sesuatu;~ ani bahagian alat tenun yg dihubungkan oleh belebas; ~ bangunan tanah tempat membina bangunan; ~ besi ladam pd kuku kuda (kasut dll); ~ binaan tempat akan didirikan bangunan dsb; ~ cangkir alas cangkir; ~ catur petak-petak pd papan catur; ~ cindai corak selirat yg cerah (pd kain); ~ itik Kd roda besi pd traktor membajak sawah yg menghasilkan corak spt tapak itik apabila digunakan utk membajak sawah; ~ jalak tanda palang yg hujungnya bercabang; ~ kadam bekas pijakan kaki; ~ kaki a) telapak kaki; b) bekas pijakan kaki; ~ kasut alas kasut; ~ kedidi sj corak membubuh papan utk dinding rumah; ~ kek bangku tempat duduk (pd alat tenun): ~ kuku telapak kaki kuda; ~ lawang cembul pd buah manggis; ~ rata Id telapak kaki yg tidak lekuk-lekuk; ~ rumah tanah tempat men­dirikan rumah; ~ semaian tempat menyemai benih atau menanam anak pokok; ~ sulaiman gambar bintang yg bersegi enam; ~ tangan a) telapak tangan; b) Id tandatangan; ~ tukul kesan melakukan sesuatu; tengah ~ bayang tengah hari benar (ketika matahari tepat di atas kepala); tiga ~ bayang-bayang waktu ketika bayang-bayang tiga telapak tangan panjangnya;cium ~ tangan, berbaukah atau tidak prb lihat diri sendiri, terlebih dahulu sebelum mencela orang lain; kecil ~ tangan nyiru saya tadahkan prb menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau pertolongan orang;setapak 1. sebesar tapak tangan; 2. sepan­jang tapak kaki: alamat akan jauh lakinya yg se­lama ini belum pernah bercerai dgn dia ba­rang ~ jua; 3. ki selangkah: ~ demi ~ dia undur; ~ jangan lalu, ~ jangan surut prb tetap pendiriannya, tidak berkocak hati atau iman ketika menghadapi sesuatu keja­dian;tapak-tapak sj lapik (alas kaki), sandal, selipar, capal;bertapak 1. mempunyai tapak, ada tapak­nya: kon yg ~ bulat; 2. berjejak, berpijak, melangkah: seolah-olah kakinya tidak ~; ~ maju melangkah maju; 3. mendapat tempat utk melakukan sesuatu dll: Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita; 4. bermula (melangkah dsb) drpd sesuatu pang­kalan (dasar, asas, dsb), menjadikan sesuatu asas (dasar dsb) utk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dsb); 5. = bertapakkan mendapatkan sokongan dr: pemerintahan yg ~ kehendak rakyat; 6. Ml teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dll): Kamal dan keluarganya itu orang ~; menapak 1. memijakkan kaki pd, mengena­kan kaki pd: kakinya ~ tanah; 2. mengukur dgn tapak (kaki atau tangan); 3. melangkah: dgn langkah yg tidak bermaya ia pun ~lah ke kamar datuk; 4. mengikut jejak (binatang dll); 5. berjalan kaki: dia terpaksa ~ ke surau kerana basikalnya rosak; menapaki menyelidiki, mengusuti; ketapakan = ~ balai = tapakan sl tempat kehormatan di balai penghadapan: bentara seramai empat puluh orang berdiri di ~ balai di saat orang menghadap dan menjunjung duli; pertapakan 1. pelan yg menunjukkan susunan bahagian-bahagian drpd sesuatu; 2. asas kedudukan, tempat bertapak (utk melakukan sesuatu dsb): sementara itu kaum bukan Melayu masing-masing pula amat kukuh ~ masing-masing dlm ekonomi pasaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.pa/] | تاڤق

Definisi : ~ kasut sj ikan laut, Echineis nau­crates; ~ sulaiman sj binatang laut (berbentuk spt bintang), Asterias rubens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.pa/] | تاڤق

Definisi : 1 bahagian kaki atau kasut di sebelah bawah; bahagian tangan sebelah hadapan. 2 = ~ kaki bekas kaki; jejak kaki. 3 jarak antara dua belah kaki ketika berjalan; langkah: Beliau undur beberapa ~ lalu duduk bersimpuh. 4 bahagian drpd sesuatu yg di sebelah bawah; dasar: ~ piramid; ~ segi tiga. 5 tempat pokok ditanam dsb: ~ kekal tempat yg kekal bagi sesuatu pokok yg ditanam (tidak dialih-alih). ~ bangunan (rumah) tanah tempat sesebuah bangunan atau rumah didiri­kan. ~ catur petak-petak pd papan catur. ~ semaian tempat anak benih dsb disemai. ~ tukul kesan atau bekas melakukan sesuatu. bertapak 1 ber­pijak; berjejak: Dia mengelakkan tikaman itu dgn pantas seolah-olah kakinya tidak ~ di bumi. 2 ki mendapat tempat utk membuat sesuatu: Mereka tidak suka orang asing ~ di negeri mereka. menapak 1 mengenakan atau me­letakkan tapak kaki pd. 2 berjalan; melangkah: Perlahan-lahan beliau ~ kembali ke rumahnya. 3 mengukur dgn tapak kaki atau dgn tapak tangan. setapak 1 selebar atau sebesar tapak tangan. 2 jarak sepanjang tapak kaki. 3 selangkah: ~ demi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ta.pa/] | تاڤق

Definisi : ; ~ sulaiman nama sj binatang laut yg berbentuk spt bintang, Asterias rubens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Cium tapak tangan,
     berbaukah atau tidak?

Bermaksud :

Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cold sitetapak sejukTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTapak sandaran yang mempunyai kelengkapan yang minimum berbanding tapak asal. Tapak ini bukan sahaja tidak mengandungi salinan data dan maklumat sandaran tetapi juga tidak mengandungi perkakasan dan sistem rangkaian yang sedia beroperasi. Hal ini menjadikan kos penyediaan tapak sejuk adalah lebih murah berbanding kos penyediaan tapak panas bagi sesebuah organisasi. Kekurangan kelengkapan dalam tapak sejuk menyebabkan tapak ini memerlukan masa yang agak lama untuk beroperasi pada kapasiti yang sebenar jika berlaku sebarang gangguan pada tapak asal. Kelewatan ini berlaku kerana sesebuah organisasi yang terlibat perlu menyediakan prasarana pengkomputeran seperti perkakasan rangkaian komputer dan pita sandaran. Banding tapak panas.
nucleotide structurestruktur nukleotidaFizikNanoteknologiStruktur unit kecil yang membentuk RNA dan DNA. Struktur ini terdiri daripada tapak-tapak nukleotida dan gula lima-karbon (sama ada ribosa atau deoksiribosa) serta satu hingga tiga kumpulan fosfat.
website defacementpencacatan tapak sesawang/ pencacatan tapak webTeknologi MaklumatTiadaSerangan terhadap laman sesawang yang mengubah penampilan visual laman sesawang atau laman web tersebut. Serangan ini biasanya dilakukan oleh individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab yang memecah masuk ke dalam pelayan web dan menggantikan hos laman sesawang tersebut kepada salah seorang daripada mereka dengan menggunakan pelbagai cara untuk mengakses ke laman sesawang tersebut.
site surveyukur tapak;kaji selidik tapakPenilaian Harta TanahTiadaTiada
hot sitetapak panasTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTapak sandaran yang mempunyai kelengkapan sistem rangkaian komputer yang sama dengan tapak asal bagi sesebuah organisasi.
site inspectionsiasatan tapakPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaLawatan berekod yang dijalankan ke sesuatu tapak untuk meneliti keadaan di tapak setelah permohonan merancang diterima oleh pihak berkuasa tempatan.
site visitlawatan tapakPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaTinjauan ke sesuatu tapak untuk cadangan pembangunan atau untuk tujuan penguatkuasaan bagi melihat keadaan sebenar tapak.
duck foottapak itikKesenianHiasan DalamanKaki perabot berbentuk melengkung, menguncup ke bawah dan berkumai serta mempunyai tapak yang menyerupai kaki itik. Tapak itik mula diperkenalkan pada abad ke-18 di Eropah. Lihat juga lapik kaki.
change in manufacturing sitepertukaran tapak pengilanganHerbaPeraturan dan PemasaranTindakan mengubah premis pengilangan suatu produk berdaftar dari premis asal produk didaftarkan ke premis yang baharu. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia, kelulusan pertukaran tapak pengilangan untuk produk berdaftar diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Pemegang pendaftaran dan/atau pengilang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk mereka. Terdapat lima jenis pertukaran tapak pengilangan, iaitu: i. Jenis I: pertukaran tapak premis dalam di negara; ii. Jenis II: pertukaran luar negara ke Malaysia; iii. Jenis III: pertukaran di luar negara; iv. Jenis IV: pertukaran untuk kategori khas produk; dan v. Jenis V: bagi situasi krisis. Jenis ll, lll, IV dan V, memerlukan permohonan pertukaran tapak pengilangan.
site analysisanalisis tapakPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPengumpulan dan penganalisisan data tentang tapak pembangunan yang antara lain termasuk sempadan, saliran, dan keadaan tanah.
12345678910...

Kembali ke atas