Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat akan didirikan bangunan dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
date of possession of sitetarikh pemilikan tapak binaanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
acroterionakroterionKesenianHiasan DalamanBentuk binaan asas yang rata, digunakan sebagai tapak arca patung atau alas tiang. Binaan asas ini biasanya diletakkan pada bahagian puncak atau bucu bangunan seperti gaya zaman klasik.
built-interbina dalamKesenianHiasan DalamanPerabot, seperti tempat letak buku, kabinet atau tempat duduk yang dipasang lekap tetap. Binaan perabot ini bergantung kepada saiz bukaan yang sedia ada pada tapak atau ruang binaan.
base blockblok tapakKesenianHiasan DalamanSatu unit bersegi empat pada sebarang binaan yang menjadi komponen bawah di bahagian tapak, kaki pintu atau tingkap.
acropodiumakropodiumKesenianHiasan DalamanBentuk binaan tiang yang tinggi atau tapak sebagai alas untuk mempamerkan arca patung pada zaman klasik, yang dihiasi dengan hiasan mewah.
columntiangKesenianHiasan DalamanKomponen binaan utama yang berbentuk memanjang secara menegak berfungsi untuk membawa beban atau penyokong unsur di atasnya. Tiang diperbuat daripada kayu, logam, konkrit dan sebarang bahan yang mampu membawa beban. Tiang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu kepala, batang dan tapak. Dalam seni bina klasik dan purba Greek, terdapat beberapa bentuk atau susunan tiang yang dibentuk berasaskan pengiraan perkadaran yang tertentu, iaitu Dorik, Ionik dan Corinthia. Selain susunan tersebut, terdapat dua jenis susunan lain, iaitu Tuscan dan Komposit yang diperkenalkan di Rom. Tiang Mesir sering dihiasi dengan motif bunga, daun dan figura yang melambangkan aspek ketuhanan, manakala tiang kelompok terdiri daripada tiga atau empat batang tiang yang disusun rapat. Tiang berpintal banyak digunakan pada zaman Romanesque bagi mewujudkan suasana indah dan mewah.
green buildingbangunan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauStruktur lestari yang mesra alam sekitar di sepanjang kitar hayat, bermula daripada proses merancang, mereka bentuk, membina, menyelenggara, mengubah suai, meroboh dan melupuskan sisa. Bangunan hijau dibina dengan menitikberatkan orientasi optimum bangunan di atas tapak pembinaan, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap, penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan dan penghasilan sisa yang minimum.
pedestalpedestalKesenianHiasan Dalaman1. Struktur seperti tiang dalam era klasik yang terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu tapak, dado dan kepala. 2. Pelapik yang digunakan untuk menyokong kekuatan dan kestabilan sesebuah tiang. 3. Laci yang boleh menyokong meja, laci tergantung atau laci yang terpisah dari struktur meja dan boleh digerakkan. 4. Bahagian binaan yang sengaja ditinggikan untuk mempamerkan sesuatu benda atau hiasan agar kelihatan lebih menonjol.

Kembali ke atas