Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang laut (berbentuk spt bintang), Asterias rubens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), bersih hitam, tutup bumi, Elephantopus scaber; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gambar bintang yg bersegi enam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj binatang laut yg berbentuk spt bintang, Asterias rubens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tapak sulaimantapak sulaimanKesenianTiadaMotif tenunan berunsur haiwan berbentuk tapak sulaiman. Di Semenanjung dikenali dengan bunga bintang beralih.
sea startapak sulaimanPerikananTiadaSejenis hidupan laut yang mempunyai lima lengan berbentuk bintang. Bahagian bawah tapak sulaiman mempunyai kaki bertiub yang membantu haiwan ini bergerak. Hidupan ini merupakan salah satu daripada tarikan kepada penyelam yang ingin melihat hidupan dasar laut.
starfishtapak sulaimanPerikananTiadaTiada
sea startapak sulaimanPerikananTiadaTiada
brittle startapak sulaiman rapuhPerikananTiadaTiada
Phyllagathis rotundifoliaTapak sulaiman, kerakap rimba, tutup bumi rimbaPertanianTiadaTumbuhan jenis herba dalam famili Melastomataceae juga dikenali sebagai kerakap rimba dan tutup bumi rimba. Herba ini terdapat di kawasan hutan yang teduh dan lembab. Daunnya tebal, berbentuk bulat dan bersaiz besar. Bahagian bawah daun dan tangkainya berwarna merah hati. Keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk mengubati demam, tonik wanita lepas bersalin untuk memberi tenaga dan membaiki sistem peranakan dan mengubati sakit perut.
Phyllagathis rotundifoliatapak sulaimanHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba dalam famili Melastomataceae yang dikenali juga sebagai kerakap rimba dan tutup bumi rimba. Herba ini terdapat di kawasan hutan yang teduh dan lembap. Daunnya tebal, berbentuk bulat dan bersaiz besar. Bahagian bawah daun dan tangkainya berwarna merah hati. Keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk mengubati demam, dibuat tonik ibu selepas bersalin untuk memberi tenaga dan membaiki sistem peranakan dan mengubati sakit perut.
AsteroideaAsteroideaGeologiTiadaTapak sulaiman, subkelas ekinoderm dalam subfilum Asterozoa yang dicirikan oleh lima lengan jejarian.
spathulatespatulatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun seperti sudu. Contohnya, daun tapak sulaiman (Elephanthopus scaber) dan daun ekor anjing (Plantago major).
Elephantopus scaberTutup bumiPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Asteraceae ini juga dikenali sebagai tapak sulaiman dan tapak leman. Tumbuhan ini jenis herba, daunnya bentuk oblong obtus pada pangkal batang dalam susunan roset . Tepi daun bergerigi, permukaan bawahnya berbulu dengan tangkai daun (petiol) yang sangat pendek. Tangkai jambak bunga panjang dan berbulu mengandungi bunga kecil berwarna ungu atau merah jambu. Bunga dikelilingi oleh brakta berwarna hijau. Pokok ini mengandungi dotriakontanol, epifridelinol, triakontanol, kalium klorida, dihidrodeoksixilefantopin, stigmasterol dan lupeol. Pokok ini tumbuh liar di kawasan lapang, ladang getah dan kelapa sawit. Air rebusan daun atau akar diminum untuk melawas kencing, mengubati demam, dropsi, muntah, penyakit kelamin perempuan dan bengkak buah zakar. Air rebusan pokok diminum untuk rawatan selepas bersalin dan meroyan. Air rebusan akar diminum untuk mengubati batuk, kecacingan, muntah dan sebagai tonik. Daunnya digunakan untuk merawat sakit kepala.
12

Kembali ke atas