sieve plate | plat tapis | Botani | Tiada | Kawasan yang terbentuk khusus seperti tapis yang biasanya menduduki bahagian dinding sel yang terbatas, iaitu di hujung unsur tiub tapis dalam tisu floem. Terdapat dua jenis plat tapis, iaitu plat tapis jenis ringkas yang mempunyai satu kawasan tapis dan plat tapis jenis kompaun yang mengandungi beberapa kawasan tapis. Liang-liang pada plat tapis disaluti kalosa dan bebenang sitoplasma akan terunjur melalui liang-liang tersebut. |
sieve tube | tiub tapis | Botani | Tiada | Beberapa unsur tiub tapis yang tersusun memanjang dan bersambung antara satu sama lain. Di antara unsur tiub tapis itu terdapat pula plat tapis. Tiub tapis biasanya terdapat dalam tisu floem. Lihat juga unsur tiub tapis. |
sieve plate | plat tapis | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian dinding sel tapis yang mempunyai kawasan tapis tugggal, atau beberapa kawasan tapis yang tersusun rapat, dan biasanya dalam bentuk skalariform atau retikulat. Plat tapis berfungsi untuk menapis makanan. |
sieve area | kawasan tapis | Biologi | Histologi dan Sitologi | Kawasan di dinding sel unsur tiub tapis, sel tapis atau sel parenkima yang mempunyai liang yang menghubungkan sitoplasma dengan sitoplasma sel yang berhampiran. |
sieve cell | sel tapis | Botani | Tiada | Unsur tapis yang mengandungi kawasan tapis yang tidak terbentuk khusus dan tidak tertumpu pada kawasan-kawasan tertentu di bahagian dinding sel. Sel ini agak primitif dan biasanya terdapat dalam floem tumbuhan bervaskular kelas bawahan dan gimnosperma. Lihat juga unsur tapis. |
sieve tube element | unsur tiub tapis | Botani | Tiada | Unsur tapis yang terdapat dalam tisu floem tumbuhan angio-sperma. Unsur ini mempunyai kawasan tapis yang khusus dan tertumpu pada dinding hujung sel yang disebut plat tapis. Unsur ini juga bersambung antara hujung dengan hujung yang lain dan membentuk tiub tapis. Biasanya unsur tiub ini didampingi oleh sel rakan. Lihat juga unsur tapis. |
seive element | unsur tapis | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bahagian floem yang mengandungi sel tapis atau unsur tiub tapis yang menjadi penyalur cecair. |
sieve area | kawasan tapis | Botani | Tiada | Kawasan khusus pada dinding unsur tapis yang mengandungi banyak liang dan setiap satu liang disaluti oleh kalosa. Melalui liang-liang ini, terdapat bebenang sitoplasma daripada unsur tapis yang bersempadan terunjur dan bersambung. Dalam gimnosperma, kawasan tapis biasanya tidak terbentuk secara khusus, manakala dalam angiosperma, kawasan tapis membentuk struktur yang lebih khusus, iaitu plat tapis. |
bakul tapis | bakul tapis | Kesenian | Tiada | Bakul yang digunakan untuk menapis atau mengeringkan beras dan lain-lain selepas dibasuh. |
sieve tube | tiub tapis | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tiub tisu floem yang terdiri daripada satu siri bahagian hujung dengan hujung sel tapis atau unsur tiub tapis, dan berfungsi memindahkan bahan organan, seperti gula. |