ball costume | kostum tarian | Sosiologi | Tiada | Pakaian yang direka bersesuaian untuk dipakai dengan tarian-tarian tertentu. |
tarian singa | tarian singa | Muzik | Tiada | Tarian masyarakat Cina yang melambangkan keharmonian, keamanan dan kebahagiaan. Tarian ini dipersembahkan bagi merayakan Tahun Baru Cina, pembukaan perniagaan baru, majlis perkahwinan dan majlis meraikan tetamu kehormat. Penari pertama menggerakkan kepala singa manakala penari kedua pula menggerakkan badan singa tersebut. Tarian ini diiringi ensembel yang terdiri daripada luo (gong), bo (simbal) dan shigu (dram besar). |
country dance | tarian desa | Muzik | Tiada | Tarian berkumpulan yang berasal dari England sejak abad ke-16. Melodinya berdasarkan lagu rakyat Inggeris. Tarian desa amat popular dan diterima sebagai tarian ballroom. |
kuda kepang | kuda kepang | Kesusasteraan | Tiada | Tarian yang menggunakan patung kuda anyaman. Tarian ini terdapat di negeri Johor dan dikenali juga dengan nama kuda lumping, jaran kepang atau ebeg. Tarian ini melibatkan antara 9 � 13 penari termasuk seorang ketua yang dikenali sebagai Danyang. Tarian ini boleh menyebabkan penari tidak sedar atau lupa diri. Sebelum memulakan persembahan, bomoh atau ketua kumpulan membaca jampi serapah dan menghadiahkan sajian kepada semangat kuda dan semangat pekarangan. Penari kuda kepang diiringi oleh kumpulan muzik yang mengalunkan muzik, iaitu angklung, gendang bujur dua muka, sebiji jidor dan gong. Tarian kuda kepang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan tarian menunggang kuda dan bahagian kedua bermula apabila penari mula masuk dalam keadaan lupa diri. Pada bahagian kedua, pergerakan penari mula dikawal oleh sesuatu kuasa ghaib. Kuda kepang berasal dari jawa dan diperkenalkan oleh Wali Songo untuk menyebarkan syiar Islam. |
Landler | Landler | Muzik | Tiada | Tarian di istana Austria, Bavaria dan Bohemia yang popular pada abad ke-19. Tarian ini berasal daripada tarian rakyat. Landler bermeter tripel dan bertempo perlahan seperti waltz. |
rhumba | rhumba | Muzik | Tiada | Tarian Cuba yang bermeter 8/8 dengan corak rentak 3 + 3 + 2. Tarian ini dijadikan sebagai sejenis tarian sosial yang ditarikan dalam dewan besar di Amerika Syarikat dan di Eropah pada awal abad ke-20. Tarian ini juga popular dalam dewan tarian kabaret, pentas joget dan teater bangsawan pada tahun 1930-an hingga tahun 1950-an di Malaysia dan di Singapura. |
ngajat | ngajat | Muzik | Tiada | Tarian perang di Sarawak. Tarian ngajat ditarikan oleh seorang penari lelaki atau wanita dalam kalangan kaum Iban. Dalam kalangan kaum Kenyan, Kayan dan Kajang, tarian ini ditarikan oleh penari lelaki. Penari lelaki memakai topeng yang dihiasi bulu burung tempatan seperti enggang dan memegang pedang parang ilang serta perisai tradisional. Tarian ini dikenali juga sebagai ngajat lasan. Tarian ngajat diiringi ensembel engkerumong, dumbak, tawag dan bandai dalam kalangan kaum Iban. Dalam kalangan kaum Kenyah dan Kayan, tarian ini diiringi |
dabus | dabus | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis tarian rakyat yang terdapat di Perak, Dabus ditarikan oleh 15 � 18 orang penari. Tarian ini dipersembahkan semasa temasya perkahwinan, pesta pertabalan dan upacara keagamaan. Terdapat dua bahagian dalam tarian ini. Pertama, penari bergerak mengikut rentak gendang sambil menggoncang anak dabus. Kedua, penari berada dalam keadaan separa lupa sambil mencucuk lengan masing-masing dengan anak dabus dibiarkannya bergantung di lengan. Tarian ini dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa ke Sumatera pada kurun ke-18. Seterusnya, tarian ini dibawa ke Pasir panjang, Setiawan, perak oleh seorang nakhoda kapal bernama Nakhoda Lombong dari Batu Bara, Acheh. Dabus berasal daripada perkataan Bugis yang bererti �Lembing tajam�. Dabus dikenali juga sebagai anak dabus yang dipegang oleh penari semasa mereka menari. |
morris dance | tarian morris | Kesenian | Tiada | Tarian rakyat Inggeris. |
quadrille | quadrille | Muzik | Tiada | Tarian dewan yang popular pada abad ke-19. Quadrille diperkenalkan di Perancis (tahun 1760-an), London (1815) dan Berlin (1821). Tarian quadrille biasanya ditarikan oleh empat hingga lapan pasang penari. Tarian ini mengandungi lima bahagian yang saling berkaitan dengan lima jenis kontradans, iaitu La pantaloon, L'ete, Lapoule, La pastourelle dan s&txxfi-nale. Muziknya bersemangat dan bermeter 2/4 atau 6/8 secara berselang-seli. |