Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.rif] | تاريف

Definisi : 1. cukai yg dikenakan oleh kerajaan ke atas barang-barang, terutamanya yg diimport; 2. senarai harga tetap spt sewa bilik, makanan, perkhidmatan, dsb yg dikenakan oleh sesebuah hotel; 3. skala bayaran bagi membekalkan sesuatu perhidmatan awam spt elektrik dan gas: ~ elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.rif] | تاريف

Definisi : 1 senarai harga atau bayaran yg ditetapkan (utk bilik, makanan dll). 2 (senarai) cukai atas barang-barang yg diimport atau dieksport. mentarifkan membuat atau menetapkan tarif utk harga, bayaran bagi sesuatu: Pihaknya sudah selesai ~ semua bayaran bagi perkhidmatan yg disediakan. pentarifan perihal atau perbuatan mentarifkan: Disebabkan kos penyelenggaraan sudah meningkat, maka ~ semula terhadap perkhidmatan itu wajar dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tarif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tarifftarifTeknikElektrikSkala bayaran yang dikenakan kerana menerima sesuatu perkhidmatan, contohnya tarif penggunaan tenaga elektrik. Tujuan tarif ini adalah untuk menampung perbelanjaan awal dan penyelenggaraan di samping perkhidmatan tenaga elektrik yang diterima oleh pengguna. Tiga jenis tarif yang utama ialah tarif kadar sama rata (sekata), tarif kadar dua bahagian, dan tarif kadar blok. Contohnya, rumah kediaman menggunakan tarif kadar blok.
ad valorem tarifftarif ad valoremUndang-undangUndang-undang AntarabangsaCukai import yang jumlahnya berdasarkan peratusan nilai produk yang diimport. Contohnya, jika tarif yang dikenakan ialah 10% terhadap sesuatu produk dan nilai import produk tersebut ialah RM5000 setan, maka jumlah tarif ad valorem yang dikenakan ialah RM500 setan. Tarif ad valorem berbeza dengan tarif spesifik yang jumlahnya berdasarkan berat, kuantiti atau jumlah barangan yang diimport. Contohnya, tarif yang dikenakan terhadap sesuatu produk ialah RM1000 bagi setiap hektoliter. Maka jumlah tarif spesifik produk tersebut yang diimport dalam kuantiti 100 hektoliter ialah RM100 000. Tarif ad valorem lebih digalakkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kerana ia lebih telus dan kesannya terhadap ekonomi lebih mudah dicerap.
General Agreement on Tariffs and Trade (GATT)Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian antarabangsa yang bertujuan untuk menggalakkan perdagangan barangan dengan mengurangkan halangan tarif dan bukan tarif secara beransur-ansur dalam beberapa siri pusingan rundingan. Perjanjian ini adalah reaksi kepada keruntuhan ekonomi dunia akibat langkah peningkatan tarif yang diambil Amerika Syarikat secara satu pihak pada tahun 1930. Perjanjian ini dimeterai pada tahun 1947 hasil Persidangan Bretton Woods dan sepatutnya ia dilaksanakan oleh satu pertubuhan antarabangsa yang khusus iaitu Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (ITO). Walau bagaimanapun, ITO gagal diwujudkan kerana tidak dipersetujui Senat Amerika Syarikat dan akhirnya GATT terus berfungsi secara ad hoc tanpa satu institusi formal dan tetap. GATT kemudiannya menjadi asas kepada penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Lihat juga Pertubuhan Perdagangan Dunia.
Tariff Reform LeagueIkatan Pemulihan Tarif; Liga Pemulihan TarifSejarahTiadaTiada
regional trade liberalizationliberalisasi perdagangan serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses mengurangkan dan menghapuskan halangan perdagangan dalam bentuk tarif dan bukan tarif bagi sesuatu rantau. Proses liberalisasi perdagangan serantau ini dilaksanakan menerusi aturan perdagangan serantau.
liberalisation of world tradeliberalisasi perdagangan duniaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaDasar yang melibatkan pengurangan halangan perdagangan yang bersifat tarif dan bukan tarif bagi menggalakkan perdagangan dunia. Hal ini adalah hasil daripada penerimaan konsep perdagangan bebas oleh masyarakat dunia. Pada mulanya, dasar ini hanya melibatkan perdagangan barangan sahaja. Kemudiannya, dasar ini telah dikembangkan kepada perdagangan perkhidmatan dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perdagangan seperti harta intelek, pelaburan, alam sekitar dan hak asasi manusia.
preferential tarifftarif utamaanSejarahTiadaTarif yang ditetapkan oleh sistem percukaian mengikut keutamaan tertentu.
tarifftarifSosiologiTiadaSkala bayaran yang dikenakan kerana menerima sesuatu perkhidmatan, contohnya tarif untuk menggunakan tenaga elektrik.
tariff warperang tarifPentadbiranTiadaPersaingan perdagangan yang sengit antara beberapa buah negara yang mengamalkan diskriminasi tarif, konsensi, dan permintaan perdagangan.
nontariff barriershalangan bukan tarifEkonomiTiadaSebarang sekatan terhadap keluaran dari luar negeri untuk bersaing dengan keluaran dalam negeri tanpa menggunakan tarif, seperti kuota, undang-undang kualiti yang ketat, dan prosedur kastam yang menyulitkan.
12345678910

Kembali ke atas